Dengan pendekatan itu, calon PT3 tidak perlu tergesa-gesa atau berebut-rebut untuk membeli makanan di kantin sebaik sahaja selesai menduduki peperiksaan.

Hal ini dapat menjimatkan banyak masa pelajar terbabit yang boleh dimanfaatkan untuk membuat ulang kaji atau latih tubi pada saat akhir sebelum menduduki kertas peperiksaan berikutnya.

Selain itu, kehadiran ibu bapa juga dapat mengurangkan tekanan pelajar yang majoritinya tinggal di asrama dengan memberi kata-kata perangsang, panduan menjawab soalan dan doa.

Dana bagi menyediakan juadah seperti kuih, air minuman, kismis, kurma, madu, biskut dan piza diperoleh daripada sumbangan ibu bapa secara sukarela.