Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Kuasai bahasa Inggeris

32 penuntut Jepun pelajari bahasa Inggeris melalui budaya Malaysia

SEBAHAGIAN daripada penuntut Fakulti Hubungan Antarabangsa Universiti
SEBAHAGIAN daripada penuntut Fakulti Hubungan Antarabangsa Universiti Kyoto (KUFS), Jepun yang mengikuti program bahasa Inggeris di USM, Pulau Pinang, baru-baru ini.

PULAU PINANG 21 Feb. - Seramai 32 penuntut Fakulti Hubungan Antarabangsa Universiti Kyoto (KUFS), Jepun baru-baru ini berpeluang mening­katkan penguasaan bahasa Ing­geris mereka dengan mempelajari budaya negara ini di Universiti Sains Malaysia (USM).

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (PPIK) USM, Dr. Leelany Ayob berkata, penuntut KUFS itu merupakan kumpulan ke­dua dipilih ke USM selepas kumpulan pertama pada Ogos tahun lalu.

Menurutnya, penuntut ber­kenaan mula mempelajari bahasa Inggeris ketika di sekolah mene­ngah di negara mereka sekali gus memerlukan USM menyusun pembe­lajaran bahasa berkenaan mengikut tahap penuntut berkenaan.

Beliau berkata, pelbagai akti­viti dijalankan sepanjang pembabitan penuntut Jepun berkenaan di USM yang memerlukan mereka mempelajari budaya negara ini dan mempraktikkan penguasaan bahasa Inggeris.

“Antaranya, mereka diper­kenalkan dengan makanan, pa­kaian, agama dan budaya serta ta­rian tradisional orang Melayu.

“Usaha mereka bertutur dalam bahasa Inggeris dapat dilihat semasa mendapatkan maklumat mengenai aktiviti yang dijalankan,” katanya di sini.

Program selama lima ming­gu itu dijalankan di Galeri Pusat Media dan Perhubungan Awam (MPRC) USM dengan penglibatan beberapa pensyarah PPIK.

Penuntut KUFS, Naoya Yo­kouchi berkata, program tersebut sangat menarik kerana berpeluang mengenali budaya dan makanan orang Melayu.

“Menerusi program ini, saya dan rakan-rakan dapat belajar menguasai bahasa Inggeris melalui pemahaman dan penghayatan budaya Malaysia yang unik,” katanya.

Menurutnya, kira-kira 15 tahun lalu, dia pernah ke Australia dan kekangan untuk bertutur dalam bahasa Inggeris menyebabkannya bertekad meningkatkan pe­nguasaan bahasa tersebut dengan mengambil kursus di universiti.

Seorang lagi penuntut, Juna Kataoka berkata, program itu dapat meningkatkan kemahirannya bertutur dan menyebut perkataan bahasa Inggeris dengan betul.

“Selain itu, program ini juga membolehkan peserta berkenalan dengan kawan baharu dan kini saya mulai tertarik dengan orang Malaysia terutama warga USM walaupun pertama kali datang ke negara ini,” katanya.

Juna berkata, selepas lima mi­ng­gu berada di USM, dia bercadang untuk kembali ke negara ini sebagai pereka fesyen selepas tamat pengajiannya untuk memper­kenalkan fesyen dan budaya Jepun kepada masyarakat Malaysia.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain