Idea ini diterjemahkan dalam komponen pembelajaran yang lengkap bagi setiap unit mengikut tema dan standard pembelajaran untuk memudahkan murid mengakses dan menggunakannya secara bermanfaat.

Sebagai persediaan menjadi pendidik sebenar, siswa guru diberikan pendedahan penggunaan Frog VLE sekaligus mencipta laman-laman pembelajaran baharu mengikut tema dan kemahiran yang ditetapkan.

Pakej pembelajaran yang dibangunkan ini akan dikongsi kepada guru di seluruh negara sebagai bahan rujukan tambahan daripada bahan yang sedia ada.

Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas (IPGKIK), Dr. Mohd. Suhaimi Mohamed Ali berkata, siswa guru mempunyai idea yang segar dan mengetahui keperluan semasa murid di sekolah memandangkan mereka terlibat secara langsung melalui pengalaman sewaktu menjadi guru praktikum di sekolah.

“Amalan pembelajaran hari ini memerlukan kreativiti dan teknologi untuk menarik minat murid.

“Dengan menggunakan kaedah pembelajaran maya atau Virtual Learning Enviroment (VLE), amalan PdPC ini menepati ciri-ciri pembelajaran Abad Ke-21.

“Siswa guru yang bakal menjadi pendidik muda ini perlu mencabar diri dan kreativiti mereka untuk menghasilkan bahan pembelajaran interaktif dan mesra pengguna agar pembelajaran akan menjadi lebih bermakna,’’ katanya.

Terdahulu seramai 45 orang siswa guru diberikan latihan dan peluang menerbitkan laman pembelajaran untuk murid sekolah rendah yang diadakan dengan kerjasama Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) yang disertai Pengarahnya, Zaidi Yazid.

Sementara itu, menurut Penyelaras Program Sektor Pembangunan e-Pembelajaran, Bahagian Teknologi Pendidikan, Azizul Abdul Razak berkata, pembangunan bahan pembelajaran daripada guru muda amat diperlukan bagi memvariasikan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik terkini bersesuaian dengan kehendak dan hasrat Kementerian Pendidikan ke arah revolusi 4.0.

“Kita percaya dengan penyediaan bahan pembelajaran daripada golongan muda memberikan sentuhan baharu kepada murid masa kini yang sudah biasa dengan gajet dan teknologi lain,’’ ujar beliau.

Siswa guru boleh mencetus idea pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPC) dalam platform interaktif Frog VLE mengikut gaya pendidik muda yang selari dengan perkembangan sains dan teknologi semasa.

Idea ini diterjemahkan dalam komponen pembelajaran yang lengkap bagi setiap unit mengikut tema dan standard pembelajaran untuk memudahkan murid mengakses dan menggunakannya secara bermanfaat.

Sebagai persediaan menjadi pendidik sebenar, siswa guru diberikan pendedahan penggunaan Frog VLE sekali gus mencipta laman-laman pembelajaran baharu mengikut tema dan kemahiran yang ditetapkan.