Idris Jusoh
Idris Jusoh

Menterinya, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, melalui kerjasama berkenaan Politeknik Malaysia akan mengadakan kerjasama dengan TRC dalam bidang Teknologi Kejuruteraan Awam melalui pendekatan Work-Based- Learning di mana TRC juga memberi komitmen dengan menubuhkan TRC EDU yang akan menjadikan pusat tersebut sebagai pusat sehenti yang dilengkapi simulasi digital.

“Selepas ini, TRC akan mengambil lebih 30 pelajar politeknik setahun bagi tempoh lima tahun untuk menjalani latihan industri.

“Kerjasama ini turut memberi peluang keemasan kepada pelajar dan juga pensyarah politeknik untuk menimba pengalaman secara praktikal dalam bidang pembinaan yang memberi impak ke atas pengajaran dan pembelajaran,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis menandatangani Sijil Jalinan Kolaborasi antara Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Prof. Dr. Mohd. Ismail Abd. Aziz dengan Pengarah Urusan Kumpulan TRC Tan Sri Sufri Mohd.Zin yang berlangsung di Depoh MRT Sungai Buloh dekat sini hari ini. - UTUSAN ONLINE