Majlis konvokesyen penuh bermakna itu dirasmikan oleh Canselor KPJ Healthcare University College (KPJUC) , Tan Sri Arshad Ayub.

Kesemua penerima anugerah itu terdiri daripada 707 graduan KPJUC; 177 graduan KPJ International College of Nursing and Health Sciences (KPJIC) Pulau Pinang dan Johor Bahru manakala 93 lagi dari Malaysia College of Hospitality and Management (MCHM).

Selain itu, beberapa graduan dalam bidang Sarjana Sains Teknologi Farmaseutikal, Sarjana Fisioterapi, Ijazah Sarjana Muda Sains Kejururawatan (Kepujian) dan Ijazah Sarjana Muda Seni Komunikasi Korporat kumpulan pertama turut diraikan sebagai penerima pencapaian penting dalam majlis graduasi kali ini.

Turut hadir Pro Canselor, Tan Sri Siti Sadiah Sheikh Bakir serta Presiden dan Pengarah Urusan KPJ, Datuk Amiruddin Abdul Satar. - UTUSAN ONLINE