Yang Dipertua, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), S.Miswandi A. Salam berharap, agar orang ramai khususnya penduduk setempat dapat memeriahkan malam berkenaan sekali gus menjayakan hasrat membaik pulih infrastruktur sekolah.

“Banyak kemudahan asas yang perlu ditampung seperti menyediakan penutup longkang,baik pulih kantin dan menambah laluan susur gajah. Manakala, bagi fasa kedua, kita ingin pasang pagar di longkang besar, naik taraf tempat wuduk lelaki dan pelbagai lagi kemudahan yang perlu diselenggara dengan baik,” jelasnya di sini, hari ini.

Konsert Amal yang bakal berlangsung pada 11 November (Sabtu) ini turut dimeriahkan dengan persembahan nasyid oleh Isman Hijjaz, Pencetus Ummah Rozi dan Zul Handy Black.

Orang ramai yang berminat hadir dan mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi guru sekolah berkenaan, Fadli Johari di 013-6302021.

Tiket dijual dengan harga RM5 bagi kanak-kanak berumur enam tahun ke bawah, manakala, dewasa (RM10). - UTUSAN ONLINE