Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Kolej YPC sedia laluan pendidikan ke UK

Syed Ali AlHabshee (kanan) dengan Noel Robert memberikan penerangan
Syed Ali AlHabshee (kanan) dengan Noel Robert memberikan penerangan kepada pelajar program asasi Kolej YPC mengenai kemudahan biasiswa dan peluang yang ditawarkan oleh kolej itu di Kuala Lumpur, baru-baru ini. UTUSAN/IRWAN MAJID

Mulai pengambilan Mei ini, Kolej Yayasan Pendidikan Cheras (YPC)-ITWeb menawarkan biasiswa kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mendapat lima kredit untuk mengikuti program asasi selama setahun sebelum boleh me­lanjutkan pengajian melalui di peringkat ijazah di United Kingdom (UK).

Ketua Pegawai Eksekutif Kolej YPC, Datuk Dr. Noel Robert berkata, dengan mengikuti program asasi di sini, ibu bapa bukan sahaja boleh berjimat banyak dari segi kos tetapi pada masa yang sama berpeluang melanjutkan pengajian dalam 19 jurusan di peringkat ijazah selama tiga tahun di Liverpool John Moores University (LJMU) di UK.

“Hasil kerjasama yang erat antara Kolej YPC dan IJMU, pelajar kita yang melanjutkan pengajian di sa­­na akan mendapat pendidikan berkualiti di samping sokongan dari segi jaringan rangkaian, khidmat kaunseling dan pemantauan.

“Tambahan pula, banyak ke­lebihan yang boleh dinikmati pelajar apabila mengikuti program ini termasuk mereka dapat berkomunikasi dengan baik dalam bahasa Inggeris, berdikari, merasai kehidupan di luar negara dan didedahkan dengan pengalaman pembelajaran yang berbeza.” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di pejabat beliau di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Kolej YPC menawarkan 300 tempat kepada pelajar yang berminat mengikuti program pengajian yang ditawarkan bagi kemasukan Mei dan Ogos tahun ini untuk melanjutkan pengajian di LJMU pada September tahun depan.

Terdapat dua program asasi di Kolej YPC, iaitu, Program Asasi da­lam Perniagaan (Foundation in Business) bagi ijazah aliran perniagaan dan perakaunan; dan Program Asasi Perniagaan dan Teknologi Maklumat (Foundation in Business and Information Technology) untuk program ijazah aliran teknologi maklumat.

Di peringkat program asasi, Kolej YPC memperuntukkan biasiswa sebanyak RM4 juta setiap tahun kepada pelajar yang layak.

Setiap tahun, lima hingga 10 pelajar kolej YPC melanjutkan pengajian ke LJMU sama ada melalui pembiayaan sendiri atau pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Sementara itu, Pengerusi YPC, Datuk Seri Syed Ali AlHabshee berkata, pihaknya berhasrat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang terkini dalam perniagaan dan teknologi maklumat.

“Dengan ambilan pertama ku­rang 50 orang pelajar ketika mula-mula beroperasi pada awal tahun 2000, YPC berkembang de­ngan begitu cemerlang dan kini menawarkan peluang menyambung pengajian di UK.

“Yang saya banggakan, apabila kita mula-mula mahu memperkenalkan program pengajian diploma dan ijazah, kita mula dengan hanya satu unit kita beroperasi dan setiap tahun, pelajar mula bertambah sehingga 1800 sekarang,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain