Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Kolej Antarabangsa YPC, Inspidea jalin kerjasama

NOEL ROBERT (kanan) bertukar dokumen memorandum perjanjian dengan Andrew Ooi selepas memeterai kerja
NOEL ROBERT (kanan) bertukar dokumen memorandum perjanjian dengan Andrew Ooi selepas memeterai kerjasama antara Kolej Antarabangsa YPC dan Inspidea Sdn. Bhd. di kolej itu di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Kolej Antarabangsa YPC memeterai memorandum perjanjian dengan sebuah studio animasi digital tempatan, Inspidea Sdn. Bhd. bagi meningkatkan kebo­lehpasaran pelajar jurusan multimedia kolej itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Antarabangsa YPC, Datuk Dr Noel Robert berkata, kerjasama ini bagi memastikan kurikulumnya selaras dengan keperluan industri dan seterusnya melahirkan siswazah yang sedia bekerja.

“Menerusi kerjasama ini juga dapat menyediakan pelajar dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk berjaya di kolej dan dalam kerjaya,” katanya dalam satu kenyataan menerusi e-mel baru-baru ini.

Memorandum perjanjian itu ditandatangani oleh Noel mewakili Kolej Antarabangsa YPC dan Pengarah Urusan Inspidea Sdn Bhd, Andrew Ooi.

Kerjasama ini mencakupi empat bidang utama iaitu Program Perantis Belajar-Kerja, Program Penempatan Pelatih, Bengkel dan Ceramah, dan Reviu Kandungan Kursus.

Sebagai permulaan, program penempatan pelajar semester akhir sebagai pelatih di Inspidea telah dilaksanakan pada 15 Ogos lalu bagi memberi pendedahan dan pengalaman sebenar dalam dunia pekerjaan.

Dalam tempoh terdekat, Inspidea akan membuat pembentangan mengenai kerjaya sebagai juruanimasi, menemuduga pelajar Kolej Antarabangsa YPC untuk menjalani latihan industri dan lawatan ke studio Inspidea.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain