Menerusi program ini, UiTM berperanan sebagai pemangkin kepada komuniti sekolah termasuk pelajar, guru-guru dan ibu bapa dalam menyampaikan ilmu pengetahuan tentang kepentingan ilmu berkaitan STEM.

Pihak industri pula berperanan sebagai pemandu arah berkaitan kerjaya dalam bidang STEM dan membantu pihak sekolah dalam memenuhi keperluan untuk meningkatkan pencapaian dalam STEM.

Baru-baru ini diadakan Hari STEM peringkat SMK Jalan Kebun, Shah Alam, Selangor yang dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Klang, Adliyah Ramli dan turut dihadiri Dekan Fakulti Kejuruteraan Awam UiTM, Profesor Dr. Zakiah Ahmad.

Antara pengisian Hari STEM termasuklah Taman STEM, Taman Akuatik, pameran sains, pelabelan pokok dan aktiviti sains tulen.