Bagi memastikan kesinambungan projek-projek tersebut, Malaysia dengan semangat setia kawan bersetuju supaya kerjasama itu disambung sehingga Jun 2019 di bawah peruntukan sedia ada dalam perjanjian Kerjasama dalam Pendidikan, Sains, Budaya, Komunikasi dan Maklumat.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid turut meng­umumkan bahawa di bawah kerjasama program MUCP-MFIT itu, kerajaan Malaysia dengan rakan kongsi UNESCO buat pertama kalinya akan menganjurkan simposium dan konsultasi mengenai Pelaksanaan dan Sokongan Me­ngenai Penyimpanan dan Akses kepada Dokumen Warisan, mencakupi dalam bentuk digital.

Katanya, simposium itu yang akan berlangsung pada 2018 dijangka menghasilkan rancangan tindakan untuk diguna pakai oleh ahli-ahli UNESCO.

Beliau berkata, pada 2015 dan 2016, Malaysia dan UNESCO telah menjadi rakan kongsi dan menjadi tuan rumah persidangan Asia Pasifik mengenai Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan Pendidikan dan Penjagaan Awal Kanak-Kanak.

Pada 2017, Malaysia mencatat satu lagi peristiwa penting apabila menganjurkan Forum Serantau Asia Pasifik mengenai Program Transformasi Sosial (MOST) di Kuala Lumpu yang dipe­ngerusikan Menteri Pemba­ngunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Sri Rohani Abdul Karim, yang bertindak sebagai Majlis Presiden Majlis Antara Kerajaaan (IGC) program MOST.