Pengerusinya, Tan Sri Dr. Rahim Tamby Chik berkata, gagasan itu menyeru kerajaan supaya melihat dengan lebih serius penekanan bidang keusahawanan di peringkat institusi pengajian tinggi.

“Penubuhan universiti keusahawanan ini nanti akan menjadi simbol kepada generasi muda untuk menceburi bidang keusahawanan,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan Pusat Sehenti Gabem (PSG)-Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas) di Dewan Sri Mahkota di sini hari ini.

Majlis perasmian PSG-Polisas disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Seri Shahiruddin Ab. Moin. - UTUSAN ONLINE