Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pihak kementerian juga akan mengkaji kaedah memantapkan program dan silibus ke arah meningkatkan tahap integrasi nasional di sekolah aliran berkenaan.

Menurut Mahdzir, langkah tersebut selaras dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang meminta semua pelajar khususnya di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) menguasai Bahasa Melayu dengan baik untuk mengukuhkan perpaduan di negara ini.

“Semua sekolah terutamanya SJKC dan SJKT perlu mempunyai semangat negara bangsa dengan menglibatkan diri dalam program-program kenegaraan namun pada masa sama, pelajar juga perlu menguasai Bahasa Melayu.

“Kedua-dua ini perlu selari supaya hasrat mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat di negara ini dapat dicapai,” katanya di sini hari ini.