Melalui Misi Kesukarelawanan dan Intervensi Alam Sekitar Antarabangsa anjuran Kolej Aminuddin Baki (KAB), UPSI, pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang lima hari program berlangsung.

Menurut Pengarah Program, Muhammad Zafir Mohd. Saman, 23, pihaknya menyusun beberapa aktiviti yang bertujuan memberi perkongsian tentang kepentingan penjagaan alam sekitar, terutama dalam aspek kitar semula kepada penduduk tempatan serta pelajar pesantren tersebut.

“Kami mengajar pelajar pesantren cara-cara menanam pokok melalui kaedah osmosis menggunakan botol plastik terpakai. Harapan kami dapat menanam sikap prihatin terhadap alam sekitar dan minat mengitar semula dalam kalangan pelajar.

“Pelajar terbabit berasa seronok dan agak teruja melakukan aktiviti ini kerana mereka belum pernah lagi ada aktiviti melibatkan penanaman pokok secara osmosis,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE