Pengarah Bahagian Sumber Manusia dan Pentadbirannya, Ahmad Joharee Mohamed berkata, langkah mengkaji semula silibus berkenaan bertujuan memastikan tahap pendidikan di Malaysia adalah selari dengan kehendak antarabangsa.

“Langkah itu (kaji silibus luar negara) akan memastikan pendidikan di Malaysia selari dengan kehendak antarabangsa.

“Kita sentiasa mengadaptasi sistem pendidikan yang berkesan dari dalam dan luar negara dalam membentuk minda golongan muda ini,” katanya berucap mewakili Ketua Pengarah Kemas, Datuk Amiruddin Ariffin merasmikan Majlis Penutupan Hari Potensi Tabika Kemas Peringkat Negeri Sarawak di Kompleks Belia dan Sukan Sarawak di sini hari ini.

Seramai 370 kanak-kanak Tabika Kemas di seluruh Sarawak, hadir memeriahkan majlis penutupan tersebut.

Pada program tersebut, sebanyak 11 kategori bakat telah dipertandingkan bagi memberi peluang kepada anak-anak kecil terbabit mempamerkan bakat masing-masing. – UTUSAN ONLINE