Ahli jawatankuasa penganjur, Zairinizam Mohamed berkata, program berlandaskan ibadah dan sahsiah ini dapat melengkapi 42 peserta yang terdiri daripada kanak-kanak berusia dari 8 hingga 13 tahun dengan keperibadian yang terpuji di samping menjadi personaliti yang berwibawa dan matang.

“Selepas tamat mengikuti kem ini, sahsiah dan rohani peserta dilengkapi dengan iman, ilmu, takwa dan amal ibadah serta berperibadi yang mulia,” katanya ketika ditemui selepas tamat kem tiga hari dua malam itu di Tapak Perkhemahan Taman Wetland Putrajaya, baru-baru ini.

Sepanjang kem itu, peserta mengikuti pelbagai aktiviti antaranya motivasi, kuliah agama, zikir, senaman dan aktiviti ber­kumpulan.

Selain mendapat pengalaman yang bermanfaat, peserta juga berpeluang bertemu rakan baharu dan memperoleh ilmu yang berfaedah untuk diri, keluarga serta agama.