Guru Besar sekolah itu, Mohd. Rusli Hussein berkata, majlis yang berjaya diaksanakan menerusi ko­mitmen semua warga sekolah itu merupakan platform membentuk modal insan yang berakhlak mulia dan memiliki sahsiah terpuji.

“Selain itu, diharap melalui program seperti ini akan dapat melahirkan generasi yang memperjuangkan al-Quran dan mene­gakkan syiar Islam,” katanya.

Seramai 26 murid tahun 6 sesi 2016 menyempurnakan khatam al-Quran di bawah bimbingan Cikgu Maziah Mohammed dan Cikgu Othman Mangun.

Sempena majlis itu, turut diadakan ceramah mengenai hijrah Rasulullah dan jamuan bubur Asyura yang disediakan secara gotong-royong oleh guru sekolah berkenaan.