Karnival besar-besaran itu diadakan di seluruh negeri pada 10, 11 dan 17 November lalu de­ngan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

Timbalan Ketua Eksekutif (Dasar dan Operasi) PTPTN, Mastura Mohd. Khalid berkata, pemilihan sekolah rendah sebagai lokasi karnival adalah tepat bagi mendidik anak-anak menabung sejak dari usia muda.

“Menabung adalah satu pro­ses pendidikan kepada anak-anak dan apabila karnival ini diadakan di sekolah rendah, ia secara tidak langsung dapat mengajar mereka membudayakan amalan menabung.

“Pada masa sama, kami­ ingin kanak-kanak itu bergembira dengan pelbagai aktiviti yang dianjurkan sempena karnival ini,” katanya ketika ditemui pada Karnival Kanak-Kanak Bersama SSPN di Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Seri Putra di sini, baru-baru ini.

Mastura berkata, melalui karnival tersebut, PTPTN turut mempromosikan tentang insen­tif percuma Geran Sepadan ber­nilai RM500 yang disediakan oleh kerajaan sekiranya ibu bapa menabung dengan amaun yang sama di dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) sama ada SSPN-i atau SSPN-i Plus.

Jelasnya, tawaran itu dibe­rikan kepada ibu bapa yang memiliki anak-anak berusia tujuh hingga 12 tahun.

“Ibu bapa perlu segera mere­but peluang yang diberikan kerajaan kerana tawaran itu akan berakhir pada 31 Disember 2018,” ujar Mastura.

Seramai 446 murid dari 15 buah sekolah dalam PPD Hulu La­ngat terlibat dalam Karnival Kanak-Ka­nak Bersama SSPN di SK Bandar Seri Putra Bangi, Selangor.

Antara aktiviti yang diadakan seawal 9 pagi itu adalah pertandingan mewarna, menyusun puzzle, Tarian 3 Kupang Challenge dan permainan bijak wang.

Aktiviti turut dimeriahkan dengan penglibatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah tersebut yang membuka gerai-gerai jualan makanan.

Sementara itu di Putrajaya, karnival tersebut di­adakan di SK Putrajaya Presint 16 (1) dengan disertai oleh kesemua 14 buah sekolah rendah yang terdapat di Putrajaya.

Karnival di Putrajaya mempertan­ding acara ya­ng sama, selain diceriakan dengan aktivi­ti-aktiviti menarik seperti cabutan bertuah, permainan soopa doopa serta penampilan istimewa mas­kot animasi Robozeta dan maskot PTPTN.

Pengurus Besar Nege­ri Pejabat PTPTN WP Kuala Lumpur (Zon Selatan), Ahmad Shahril @ Muhammad Shahrir Ghazali berkata, sempena karnival itu, PTPTN turut membuka kaun­ter bagi memudahkan ibu bapa membuat simpanan dalam SSPN di samping menawarkan pelbagai hadiah dan cenderahati menarik.

“Sambutan yang diterima sangat menggalakkan dan ini adalah usaha yang baik untuk kami mendekati masyarakat. Saya berharap acara seperti ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang,” ujarnya.

 

Geran Sepadan RM500

Simpan dalam SSPN-i atau 
 SSPN-i Plus RM500, dapat 
 RM500 percuma.

Terhad kepada 500,000 akaun

Sah sehingga 31 Disember 2018