Acara yang bermula kira-kira pukul 12 tengah hari itu mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan kira-kira 150 peserta yang dibahagikan kepada 30 kumpulan.

Selain aktiviti luar, antara acara yang dipertandingkan adalah termasuk makan asam boi sambil menyanyi, musang berjanggut, petik daun berlainan jenis dan swafoto bersama dengan buah-buahan nadir.

Eksekutif Pengurusan Jenama Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Izwan Ramlan berkata, penganjuran Xplorace adalah merupakan antara pendekatan syarikat untuk mempromosikan akhbar terulung keluaran Utusan Melayu kepada warga kampus dan pengunjung.

Katanya, Kumpulan Utusan juga membuka gerai selama lima hari bermula Jumaat lalu dan dilihat mendapat sambutan hangat daripada orang ramai.

“Selain jualan produk Utusan Melayu seperti majalah dengan harga promosi, kita turut menyediakan beberapa aktiviti menarik seperti jualan T-shirt, Teka dan Menang, Karaoke Santai, Meh Cer Celup! dan cabutan bertuah yang menjadi salah satu tarikan untuk pengunjung,” katanya di sini hari ini.

Turut hadir adalah Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Hassan Mohd. Noor. -UTUSAN ONLINE