Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

WOU tawar pekerja peluang lanjut pengajian

KAMPUS utama Wawasan Open University (WOU) di Pulau Pinang. 3
KAMPUS utama Wawasan Open University (WOU) di Pulau Pinang.

GOLONGAN bekerja yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran ki­ni mampu meneruskan hasrat mereka itu melalui pelbagai kaedah, sama ada melalui pembelajaran jarak jauh, separuh masa ataupun mengikuti program pembangunan profesional.

Bagaimanapun, rata-rata go­longan bekerja tentu inginkan corak pembelajaran yang fleksibel supaya tidak menjejaskan waktu kerja selain melancarkan proses pembelajaran mereka.

­Wawasan Open University (WOU) adalah platform tepat bagi golongan bekerja untuk melanjutkan pengajian mereka tidak kira dari peringkat sijil hinggalah ijazah doktor falsafah (PhD) dalam pelbagai bidang ­yang releven dengan kehendak industri. ­

Lebih utama, universiti itu menawarkan program pengajian separuh masa melalui kaedah pembelajaran jarak jauh terbuka (ODL) yang fleksibel, sekali gus memudahkan mereka menguruskan masa antara kerjaya dan pelajaran.

WOU juga menawarkan program pengajian sepenuh masa di kampus utamanya di Pulau Pinang untuk pelajar lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan diploma.

Universiti itu kini menawarkan lebih daripada 55 program, dan yang terbaharu adalah program Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang diperkenalkan bermula Januari lalu bagi membantu guru-guru prasekolah mendapatkan diploma dalam bidang tersebut.

Usaha itu bertepatan dengan langkah Kementerian Pendidikan yang mewajibkan semua guru pusat asuhan dan prasekolah memiliki sekurang-kurang diploma dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak mulai 2020.

Selain itu, WOU juga menawarkan program-program yang diperlukan industri dari peringkat sijil hingga PhD dalam jurusan seperti perakaunan, perbankan, pengurusan, logistik, pemasaran, pengurusan pembinaan, elektronik, telekomunikasi, pembelajaran Bahasa Inggeris, pengajian liberal, psikologi, pendidikan dan banyak lagi.

Sejak penubuhannya pada 2006, WOU yang juga dikenali sebagai ‘universiti rakyat’ kekal antara universiti yang menawarkan yuran pengajian yang rendah di negara ini.

Biarpun menawarkan pengajian dengan yuran berpatutan, WOU tetap mengutamakan kualiti dalam setiap program pengajiannya. Penekanan terhadap kualiti itu membolehkan WOU menerima pengiktirafan cemerlang, ‘Tier 5’ daripada Kementerian Pendidikan Tinggi­­­ melalui penilaian Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi (SETARA) pada tahun 2011 dan 2013.

Tidak hairanlah universiti itu menjadi pilihan ramai khususnya dalam kalangan golongan bekerja. Setakat ini, kira-kira 19,000 pelajar telah mengambil peluang mengikuti pengajian secara fleksibel yang disediakan oleh WOU. Malah, kini 200 pelajar sedang mengikuti enam program pengajian peringkat ijazah di kampus utamanya di Pulau Pinang.

Tahun lalu sahaja, seramai 622 graduan yang mengikuti pelbagai program termasuk pascasiswazah telah berjaya mencapai impian mereka untuk menggenggam ijazah pada Majlis Konvokesyen ke-17 WOU yang berlangsung dari 24 hingga 26 November 2016. Angka tersebut merangkumi 45 graduan yang merupakan kumpulan pertama pelajar sepenuh masa yang mengikuti program ijazah perakaunan dan pengurusan.

Selaras dengan prinsipnya untuk­­ menawarkan pendidikan berkualiti dengan yuran berpatutan, WOU turut menyediakan bantuan kewangan kepada pelajar-pelajar baharu tidak kira sama ada mereka mengikuti program ODL atau sepenuh masa dan mereka yang cemerlang dalam akademik. Antara bantuan yang diberikan adalah geran pengajian, Return to Study Allowance (RTSA) dan banyak lagi rebat lain khususnya kepada pelajar ODL.

Pelajar sepenuh masa pula menikmati bantuan dalam bentuk rebat, anugerah dermasiswa dan sara hidup bulanan sepanjang tempoh pengajian di WOU.

Malah, sempena sambutan 10 tahun penubuhannya, WOU menawarkan promosi istimewa melalui pemberian rebat yuran pengajian untuk tahun ini bagi pelajar-pelajar baharu tidak kira ODL atau pelajar sepenuh masa.

Bantuan kewangan ini membuktikan usaha WOU untuk memberi akses kepada pendidikan yang fleksibel dan berkemam­puan bagi kemudahan segenap lapisan masyarakat.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain