Sebanyak 30 jenis tarian pelbagai kaum di negara ini diketengahkan selama dua jam tanpa henti melibatkan 140 penari yang terdiri daripada pelajar UPSI dan Persatuan Teluk Intan.

Antara tarian yang dipersembahkan dalam program yang bermula pukul 8.40 malam itu ialah sumazau, zapin, bharathanatyam, bangra, mak yong, sewang, tarian naga dan tarian singa.

Program yang mendapat kerjasama MBOR Negeri Perak, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kementerian Penerangan dan Komunikasi serta Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan itu dirasmikan oleh Penasihat Pembangunan Keusahawanan dan Ikhtisas Wanita di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil. - UTUSAN ONLINE


Video oleh SYEFRY MONIZ MOHD. NIZAR