Kemenangan ini membolehkan Nur Natasha, 19, mendapat hadiah wang tunai RM500.

Tempat kedua disandang oleh Nurul Fazliana Bakhori, 19, yang mencipta busana muslimah bertemakan ‘White Freedom’ dan menerima hadiah wang tunai RM300.

Tempat ketiga, Siti Aisyah Che Amat, 19, yang menggunakan teknik ‘stencil’ pada jubah ciptaannya pula telah diumumkan mendapat tempat ketiga dengan hadiah wang tunai RM200.

Kesemua hadiah disampaikan oleh Pengarah KKA, Norasmah Saad.

Pertandingan fesyen itu diadakan sempena projek akhir melibatkan seramai 55 pelajar semester empat, Sijil Fesyen dan Pakaian KKA. 

Penaja utama program ini, pereka fesyen Azhar Zainal yang juga pemilik AZ Brothers Studio Sdn. Bhd. di Puchong, Selangor juga menjadi juri pada pertandingan ini. - UTUSAN ONLINE