Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (gambar)berkata, program tersebut dijangka me­ngeluarkan kira-kira 50,000 surat tawaran ke IPT kepada pelajar yang layak termasuk di universiti awam (UA) dan institusi teknik dan vokasional.

Katanya, program selama tiga bulan yang diadakan di 54 kawa­san Parlimen di seluruh negara itu adalah kesinambu­ngan daripada keja­yaan JBP 2016 yang telah memberi impak positif dalam membuka peluang kepada pelajar bumiputera yang miskin dan ku­rang berkemampuan untuk melanjutkan pe­lajaran.

“Peluang ini adalah untuk mereka yang gagal memasuki universiti secara merit tetapi dikira berdasarkan pendapatan ibu bapa dalam kumpulan isi rumah berpendapatan rendah (B40),” katanya pada majlis prapelancaran JPB 2017 dan pelepasan konvoi JPB 2017 di pekarangan Sri Pentas, Bandar Utama, di sini hari ini.

Menurutnya, bagi permohonan untuk ke institusi teknik dan vokasional pula, surat tawaran boleh diberikan secara terus di program jelajah tersebut berban­ding permohonan ke universiti yang akan diberitahu kemudian.

“Fokus kami adalah pelajar bumiputera yang miskin di luar bandar serta miskin bandar yang berkelayakan. Ini kerana ramai yang tidak mendapat peluang me­lalui Unit Pusat Universiti (UPU) dan ada juga terpaksa be­kerja dahulu kerana kemiskinan,” katanya.