Nurulwahida Azid@Aziz menunjukkan pingat emas dan sijil yang dimenanginya
Nurulwahida [email protected] menunjukkan pingat emas dan sijil yang dimenanginya pada IPITEx di Thailand, baru-baru ini. – IHSAN UUM

Pasukan penyelidik ber­kenaan, Dr. Nurulwahida [email protected], Ridzuan Hashim dan Dr. Mardzelah Makhsin menge­nengahkan dua projek inovasi iaitu Successful Intelligence Interactive Modules (SIIM) dan Malaysian Multiple Intelli­gences Stimulator (MMIS).

Nurulwahida berkata, MMIS adalah satu aplikasi interaktif yang dibangunkan menggunakan Flash CS6 Script bertujuan merangsang kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah berdasarkan sembilan kecerdasan pelbagai iaitu kecerdasan verbal linguistik, logik matematik, ruang visual, kinestatik dan muzik.

Menurutnya, semua akti­viti penyelesaian masalah yang disediakan adalah berdasarkan budaya, adat, bahasa dan agama utama di Malaysia, contohnya tarian zapin, lagu Tan Sri P. Ramlee, permainan tradisional seperti congkak, peri­bahasa Melayu, simpulan bahasa dan aspek-aspek asas Islam.

“Aktiviti yang disediakan mencabar minda remaja yang disasarkan berusia antara 12 hingga 14 tahun dan pada masa yang sama ia merangsang potensi setiap remaja menerusi sembilan kecerdasan pelbagai tersebut.

“Skor secara automatik bagi penyelesaian yang betul akan memberi maklumat kepada pengguna berkaitan kekuatan bagi setiap sembilan jenis kecerdasan pelbagai," katanya di sini hari ini.

Sementara itu, bagi produk SIIM, Nurulwahida berkata, ia merupakan aplikasi pembelajaran yang berasaskan komputer juga dibangunkan menggunakan Flash CS6 Script.

Katanya, aplikasi tersebut berjaya menarik minat kebanyakan negara seperti Poland, Korea Selatan dan Thailand, malah berjaya menerima Anugerah Khas WWIEA di IPITeX.

Menurutnya, produk inovasi itu dibina sebagai bahan pengajaran interaktif yang bertujuan untuk merangsang Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTS) dalam kalangan pelajar di UUM (Program Pendidikan).

Katanya, aplikasi tersebut secara tidak langsung membantu pensyarah, Institusi Pengajian Tinggi dan Institusi Pendidikan Guru menyediakan aktiviti penggayaan dalam pengajaran dan pembelajaran serta memastikan bahawa pelajar dalam program pendidikan memperoleh kemahiran insaniah yang amat diperlukan dalam usaha untuk melahirkan guru abad ke-21.

IPITEx anjuran Majlis Penyelidikan Kebangsaan Thailand (NRCT) dianjurkan setiap tahun sempena Hari Penciptaan Thailand yang bertujuan me­ningkatkan kerjasama antara pencipta dari Thailand dan juga antarabangsa.

Seramai 2,500 penyelidik dari 19 negara seluruh dunia seperti Poland, United Kingdom, Romania, Korea Selatan, Iran, China, Taiwan dan Malaysia mengambil bahagian.