Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

UUM lantik 12 profesor baharu

KAKITA NGAN Akademik Universiti Utara Malaysia (UUM) bergambar kenangan dengan Mohamed Mustafa Ishak 2
KAKITA NGAN Akademik Universiti Utara Malaysia (UUM) bergambar kenangan dengan Mohamed Mustafa Ishak (depan tengah) pada Majlis Penyampaian Watikah Kenaikan Pangkat Staf Akademik dan Majlis Sambutan Aidilfitri PERSATU di UUM, Sintok, Kedah, baru-baru ini.

SERAMAI 12 kakitangan akademik Universiti Utara Malaysia (UUM) dinaikan pangkat ke jawatan Profeser Gred Khas C (VK7), sekali gus mencatatkan rekod tertinggi dalam tempoh lapan tahun di bawah teraju Naib Canselornya, Prof. Datuk Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak sejak 2010.

Menurut Mohamed Mustafa, dengan kenaikan pangkat itu, UUM kini mempunyai 72 orang profesor.

Dengan itu, secara keseluruhan jumlah kakitangan akademik yang telah dinaikkan pangkat dari 2010 adalah seramai 445 orang.

Katanya, kenaikan pangkat itu juga menunjukkan bahawa universiti mengambil berat ke­bajikan kakitangan khusus­nya kakitangan akademik atas segala usaha dan pengorbanan mereka menyumbang kepada kecemerlangan universiti.

“Jawatan profesor ini adalah satu pencapaian tertinggi yang menjadi impian setiap ahli akademik yang memilih kerjaya sebagai pendidik dan ia juga merupakan kemuncak kerjaya seorang ahli akademik.

“Kenaikan pangkat ini akan menjadi dorongan dan motivasi serta pengiktirafan kepada kakitangan akademik yang terdiri ahli Persatuan Staf Akademik Universiti Utara Malaysia (PERSATU) untuk terus berusaha de­ngan cemerlang,” katanya pada Majlis Penyampaian Watikah Kenaikan Pangkat Staf Akademik dan Majlis Sambutan Aidilfitri PERSATU di Foyer Pusat Pengajian Pengkomputeran (SoC), UUM, Sintok baru-baru ini.

Mohamed Mustafa berkata, dengan bilangan profesor yang ramai di universiti itu diharap dapat memberi impak besar kepada universiti menerusi kecemerla­ngan mereka, sekali gus membawa reputasi universiti ke tahap yang lebih tinggi.

Katanya, UUM sebagai universiti pengurusan kini tidak lagi dipandang rendah dengan pelbagai pencapaian yang dikecapi termasuk akreditasi yang diperoleh, sekali gus menjadikan UUM setanding dengan Universiti Malaya khususnya dalam bidang Pengurusan Perniagaan.

Beliau turut menekankan supaya kakitangan dapat memajukan Pusat Kecemerlangan (CoE) dengan menjalinkan kerjasama dengan universiti luar negara serta merancakkan bidang penyelidikan dan penerbitan.

Pada majlis itu, seramai 12 staf akademik berjawatan Prof. Madya menerima watikah kenaikan pangkat ke jawatan Profesor berkuatkuasa 3 Julai lalu termasuk Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Abdul Malek Abdul Karim.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain