Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

UUM lancar Restoran Manager’s Coffee

peneraju perniagaan kopi asli, tawar menu popular

SITI SADIAH SHEIKH BAKIR (tengah) bersama Mohamed Mustafa Ishak
SITI SADIAH SHEIKH BAKIR (tengah) bersama Mohamed Mustafa Ishak (lima dari kanan) dan Chef Wan (empat dari kiri) bergambar selepas merasmikan Restoran Managers Coffee sempena sambutan Hari Pengasasan UUM ke-33 di Kubang Pasu, Kedah, baru-baru ini. Utusan/Safrizal Azmi

KUBANG PASU 21 Mac - Universiti Utara Malaysia (UUM) mengorak langkah lagi ke hadapan dalam usahanya untuk menjana pendapatan sendiri dan tidak terlalu bergantung kepada peruntukan kerajaan dengan melancarkan Restoran Manager’s Coffee.

Naib Canselor UUM, Profesor Datuk Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, restoran yang mula beroperasi tahun lalu itu bakal menjadi peneraju perniagaan kopi yang menawarkan kopi asli dan menu popular Malaysia pada harga berpatutan.

“Manager’s Coffee merupakan jenama baharu keluaran UUM yang mana jenama unik ini memilih kualiti kopi tersendiri untuk diketengahkan di dalam pasaran.

“Selain berpeluang menikmati kopi berkualiti, Restoran Ma­nager’s Coffee akan melengkapkan lagi kemudahan tempat makan sedia ada yang bukan sahaja untuk warga UUM tetapi pe­ngunjung serta tetamu universiti ini,” katanya selepas Pelancaran Restoran Manager’s Coffee di sini baru-baru ini.

Pelancaran restoran itu di­sempurnakan Pengerusi Lembaga Pengarah UUM, Tan Sri Siti Sa’diah Sheikh Bakir sempena sambutan Hari Pengasasan UUM ke-33.

Terdahulu berlangsung Majlis penyampaian Watikah Pelantikan Profesor Adjung Pusat Pengajian Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Alam Sekitar (STHEM) UUM kepada Chef Wan atau nama sebenarnya, Datuk Redzuawan Ismail.

Dalam majlis tersebut, Chef Wan turut menunjukkan demonstrasi masakan resepi istimewa iaitu ‘Ayam Panggang Percik Chef Wan’ yang akan menjadi 'signature dish' Restoran Manager’s Coffee.

Mohamed Mustafa berkata, Manager’s Coffee merupakan projek pembangunan usahawan pelajar di bawah Institut Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi (CEDI) dan merupakan program inkubator francais pelajar.

“Dengan perasmian restoran ini, kita bergerak selangkah dalam bidang keusahawanan selain memberi peluang kepada UUM membina jenama yang kuat di dalam sektor francais.

“Secara tidak langsung, pelancaran restoran ini juga boleh menarik lebih ramai pelajar dalam dan luar negara bagi mengikuti program keusahawanan francais di peringkat ijazah sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah (PhD),” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain