Thum Wei Mang
THUM WEI MANG

Rekod itu terdahulu dipegang Universiti Tenaga Nasional (Uniten) dengan catatan 10,114 buku nota yang dihasilkan, namun pada tahun ini, UUM berjaya melepasi rekod sebanyak 77.2 peratus.

Pengarah Project Paplet, Thum Wei Mang berkata, projek anjuran Bursa Young Investor Club (BYIC) UUM dengan kerjasama Bachelor of Philosophy, Law and Business, Thinkers, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changlun, Persatuan AIESEC Kedah-Perlis, Universiti Malaysia Perlis dan Enactus UUM.

Katanya, projek paplet bermaksud paper to booklet merupakan sebuah projek yang bertujuan memberi kesedaran tentang kepentingan mengguna semula kertas sebelum dilupuskan demi menjamin kelestarian alam sekitar.

“Alam sekitar banyak dicemarkan oleh perbuatan manusia justeru, kita mesti menyayangi alam sekitar, contohnya dengan mengurangkan penggunaan kertas, plastik dan polisterine bagi menjaga alam sekitar,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Pelajar Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Logistik dan Pengangkutan) itu berkata, sukarelawan itu mengambil masa lebih sebulan untuk mengumpul kertas terpakai dari UUM, SMK Darulaman, SMK Sultan Abdul Halim, SMK Paya Kemunting, SMK Seri Mahawangsa, SMK Changlun dan SJK (C) Kong Hwa.

Sementara itu, projek cetusan idea pelajar Ijazah Sarjana Muda Falsafah, Undang-undang dan Perniagaan, Chong Chen Fung, 21, berkata, dia mengambil inspirasi dari sebuah universiti di Amerika Syarikat yang mengadakan projek se­umpa­ma itu dan kemudiannya menderma hasil paplet kepada kanak-kanak autistik.

Chen Fung berkata, dia pernah menyertai pertandingan Youth Leadership Academy anjuran McKinsey & Co. bagi menjalankan projek komuniti dengan menghasilkan project paplet sekali gus berjaya meraih tempat pertama pada 2016.

“Bukan sesuatu yang mudah dicapai namun sukarelawan me­nunjukkan komitmen tinggi sehingga mereka sanggup bekerja keras selama 12 jam bermula dari 9 pagi hingga 9 malam untuk menyiapkan projek ini,” katanya.