Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Utusan, YPC 
sedia laluan akauntan bertauliah

Pengarah Kolej Antarabangsa YPC, Datuk Dr. Noel Robbert (kiri)
Pengarah Kolej Antarabangsa YPC, Datuk Dr. Noel Robbert (kiri) beramah mesra dengan pelajar kolej itu di Cheras, Kuala Lumpur baru-baru ini. UTUSAN/ZAINI HUSIN

Peneraju pendidikan yang berkualiti dengan menawarkan yuran pengajian yang mampu dibayar, Kolej Antarabangsa Yayasan Pelajaran Cheras (YPC) berterusan menawarkan program pengajian kepada lebih ramai pelajar yang berhasrat me­lanjutkan pelajaran ke kolej tersebut pada setiap tahun.

Melalui skim Utusan-YPC, pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang mendapat lima kepujian minimum gred B termasuk Matematik dan bahasa Inggeris layak memohon menyertai skim pengajian ini.

Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras (YPC), Datuk Seri Syed Ali Al-Habshee berkata, melalui tawaran Utusan-YPC, pelajar lepasan SPM mahupun mereka yang berusia bawah 25 tahun dan tidak mampu dari segi kewangan tetapi berhasrat menyambung pengajian ke peringkat tertinggi dipelawa menyertai program yang ditawarkan selagi meme­nuhi kriteria yang ditetapkan.

“Kita ada memperkenalkan program pengajian baharu iaitu Chartered Accountant Pathway yang akan memulakan pengambilan pertama pada bulan depan dan sebagai permulaan, pengambilan akan melibatkan seramai 100 pelajar.

“Program pengajian ini baharu diperkenalkan bertujuan memberi lebih banyak pilihan dan peluang kepada pelajar untuk me­lanjutkan pengajian mereka dalan bidang akauntan dengan tawaran kemudahan pembelajaran yang lebih baik selain menyokong usaha kerajaan dalam meningkatkan bilangan tenaga profesional tempatan,’’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di ibu pejabat Kolej Antarabangsa YPC, Cheras, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Di bawah program pengajian Chartered Accountant Pathway, pelajar akan mengikuti pengajian Asasi selama setahun di Kolej Antarabangsa YPC sebelum ke peringkat ijazah selama tiga tahun di institusi tersebut de­ngan kerjasama Liverpool John Moores University (LJMU), Uni­ted Kingdom.

“Seterusnya pelajar akan di­daftarkan di Institut Akauntan Malaysia (MIA) sebagai calon yang kemudiannya berpeluang mengikuti pelbagai kemudahan program yang disediakan oleh MIA seperti bengkel dan seminar.

“Bagaimanapun, pelajar perlu lulus kertas ujian kelayakan MIA dan bekerja selama tiga tahun dalam bidang yang berkaitan de­ngan akauntan,” jelasnya.

Syed Ali menambah, peringkat terakhir iaitu kemuncak pengajian dalam bidang ini adalah pelajar akan didaftarkan sebagai anggota dan mempunyai status dalam MIA.

Kampus Kolej Antarabangsa YPC menyediakan kemudahan bertaraf lima bintang antaranya termasuklah dewan kuliah berhawa dingin dilengkapi skrin projektor, perpustakaan yang boleh memuatkan 500 pelajar, makmal komputer, makmal animasi digital, dewan seminar dan kemudahan jalur lebar.

Setakat ini, bilangan pelajar yang sedang mengikuti pelbagai pengajian di Antarabangsa YPC berjumlah 1600 orang.

Lebih 2000 pelajar telah menyertai skim Utusan-YPC sejak diperkenalkan pada tahun 2009 dan telah pun menamatkan pe­ngajian masing-masing dalam pelbagai program yang ditawarkan di kolej ini.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain