Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

UTP sertai penubuhan Malaysian Yunus Social Business Network

IPOH 28 Feb. – Universiti Teknologi Petronas (UTP) bersama empat lagi institusi baru-baru ini menandatangani me­morandum persefahaman (MoU) bagi menubuhkan Malaysian Yunus Social Business Network.

Jaringan kerjasama itu antara lain bertujuan merangka model perniagaan sosial berpotensi sekali gus dapat menyumbang kepada pembangunan sosio­ekonomi negara.

Empat institusi tersebut ialah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM), Youth Trust Foundation (myHarapan) dan Institut Darul Ridzuan (IDR).

Gabungan itu akan bekerjasama rapat dengan Yunus Social Business Centre di seluruh dunia khususnya dari Asia Pasifik bagi merencana perubahan signifikan masyarakat menerusi perniagaan sosial.

UTP dalam satu kenyataan­nya berkata, kerjasama itu antara lain akan merangkumi projek pembangunan untuk komuniti serta mempromosi aktiviti perniagaan sosial.

Selain itu, ia turut melibatkan bidang pendidikan, kajian dan pembangunan (R&D), penyeliaan bersama pelajar pascasiswazah serta program pertukaran antara institusi termasuk tenaga pengajar.

Kolaborasi pertama UTP bersama Yunus Social Business Centre pertama kali diwujudkan selepas UTP menandatangani MoU bersama pemenang Nobel Laureate, Prof. Muhammad Yunus pada September tahun lalu.

Ekoran kerjasama itu, Yunus Social Business for Community Development Unit for Centre of Social Innovation (CoSI) telah ditubuhkan di UTP bagi menggalakkan inovasi perniagaan sosial di peringkat universiti.

CoSi yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Shahrina Md Nordin, antara lain membantu institusi itu bagi mengkaji kebolehlaksanaan projek pembangunan komunitinya di bawah program tanggungjawab sosial korporat dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Korporat UTP.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain