UTMSpace dalam satu kenyataan memberitahu, tiga bidang utama yang ditawarkan melibatkan bidang kejuruteraan, sains dan pengurusan.

Bidang-bidang yang ditawarkan itu mengambil kira pelbagai aspek yang relevan dengan peredaran masa selain mendukung aspirasi universiti bagi kemajuan negara.

“Bidang kejuruteraan antaranya adalah kejuruteraan awam, kimia, petroleum, mekanikal, bio-perubatan serta elektrik dan elektronik. Bidang sains pula seperti pengajian Islam, sains, komputer, kimia industri dan matematik industri manakala bidang pengurusan pula membabitkan pengurusan hartanah, pentadbiran dan pembangunan tanah, pengurusan teknologi dan pengurusan pemasaran.

“Uniknya, UTMSpace merupakan satu-satunya institusi pengajian tinggi (IPT) yang menawarkan pengajian kejuruteraan secara separuh masa di Malaysia. Ini bertepatan kerana UTM sememangnya dikenali sebagai universiti kejuruteraan terbaik negara dengan fasiliti serba lengkap,” jelas kenyataan itu.

Bagi memudahkan pembelajaran kepada penuntut yang kebanyakannya merupakan golongan pekerja, terdapat 18 buah pusat pembelajaran diwujudkan UTMSpace di seluruh negara menerusi cawangan Kampus UTMSpace yang terdapat dari Johor Bahru hingga ke Kota Kinabalu.

Tambah kenyataan itu, barisan pensyarah yang berpengalaman dan kreatif selain silibus pembelajaran yang komprohensif dan inovatif melengkapkan lagi sesi pengajian agar penyampaian maklumat dibuat dengan berkesan.

“Yuran yang dikenakan bagi pengajian ijazah sarjana muda separuh masa UTMSpace amat berpatutan jika dibandingkan dengan IPT lain sama ada universiti awam mahupun swasta.

“Penuntut juga berpeluang menggunakan pelbagai saluran bagi membiayai pengajian mereka antaranya menerusi pengeluaran akaun kedua Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN),” jelas kenyataan itu lagi.

UTMSpace telah melahirkan ramai graduan separuh masa yang cemerlang dan diburu pemain industri dalam pasaran kerjaya semasa.

Bagi mereka yang berminat untuk menyambung pelajaran ke peringkat tinggi di UTMSpace, boleh layari laman web www.utmspace.edu.my untuk permohonan atau hubungi talian 07-5318000/07-5318001 bagi sebarang pertanyaan. Tarikh tutup permohonan adalah 31 Julai 2019.