UTMSpace terus menjadi pilihan kerana ia memberi peluang kepada golongan bekerjaya untuk menyambung pengajian tanpa menganggu waktu bekerja kerana pengajian dijalankan pada hujung minggu.

UTMSpace menawarkan 17 program di peringkat ijazah sarjana muda secara separuh masa untuk pengambilan Februari 2018.

Antara program yang ditawarkan adalah kejuruteraan awam, kimia, petroleum dan geomatik. Dalam bidang pe­ngurusan pula, UTMSpace menawarkan program pengurusan harta tanah, pentadbiran dan pembangunan harta tanah, pe­ngurusan teknologi, pengurusan pemasaran serta pembangunan sumber manusia.

Bagi mereka yang berminat melanjutkan pengajian dalam bidang sains, terdapat program-program seperti teknologi dan pendidikan kemahiran hidup serta elektrik elektronik, sains matematik, sains komputer dan sains kimia industri.

UTMSpace adalah satu-satunya institusi yang menawarkan pengajian kejuruteraan dalam mod separuh masa di Malaysia. Kemudahan pembelajarannya juga serba lengkap sama ada di kampus induknya di Johor Bahru, Johor mahupun di kampus cawangannya di Kuala Lumpur, bertepatan dengan status Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sebagai universiti kejuruteraan.

Kelengkapan inilah yang menjadi faktor utama mengapa UTM sentiasa menjadi pilihan utama pelajar untuk mendalami bidang kejuruteraan, sains dan pengurusan. Ia sangat membantu terutama bagi pelajar-pelajar separuh masa untuk menjalani pembelajaran secara amali dan teori dengan berkesan.

Silibus pembelajarannya juga sangat komprehensif dan terkini serta selari de­ngan peredaran teknologi semasa.

Lebih istimewa di UTMSpace adalah sesi pembelajarannya yang lebih fleksibel. Malah, sesi pembelajaran secara bersemuka dengan pensyarah juga dilihat amat membantu para pelajar dalam pelbagai aspek.

Oleh itu, pelajar UTMSpace yang rata-ratanya terdiri daripada golongan bekerjaya perlu bijak menguruskan masa. De­ngan waktu yang terhad, mereka perlu memanfaatkan sebaik mungkin setiap sesi kuliah de­ngan me­ngadakan perbincangan berkaitan mata pelajaran secara individu mahupun berkumpulan.

Yuran pengajian bagi ijazah sarjana muda secara separuh masa di UTMSPACE juga amat berpatutan dibandingkan dengan universiti lain khususnya untuk program kejuru­teraan dan sains.

Yuran yang di­ke­nakan adalah yang terendah dan pe­la­jar boleh mendapatkan pinjaman kewa­ngan un­tuk membiayai pengajian terma­suklah pengeluaran wang melalui akaun dua Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pinjaman pendidikan daripada kerajaan negeri dan juga Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Setakat ini, UTMSpace telah melahirkan ramai graduan separuh masa yang bertaraf ‘Amat Cemerlang’ dan setanding de­ngan pelajar-pelajar perdana atau pelajar sepenuh masa.

Ini terbukti dengan beberapa pelajar separuh masa menerima anugerah pada majlis pe­nganugerahan dan konvokesyen UTM ke-59 yang lalu. Anugerah itu menjadi penggalak kepada pelajar lain untuk terus maju dan berusaha ke arah kecemerlangan dan pencapaian akademik mereka diiktiraf oleh pihak univerisiti.

Kejayaan yang diraih pelajar itu, sekali gus merealisasikan hasrat UTMSpace untuk menjadi pusat kecemerlangan dalam pendidikan separuh masa. UTMSpace sentiasa membuka pintunya untuk semua golongan tanpa mengira usia kerana bagi institusi itu, biar apa pun pencapaian akademik seseorang itu, mereka mampu menimba pengetahuan dalam pelbagai bidang dan meningkatkan kualiti ilmu sambil bekerja.

UTMSPACE terus membuka jalan dan peluang kepada semua untuk tidak ketinggalan dalam pendidikan.