Program latihan itu diadakan hasil perjanjian persefahaman dengan Universiti Tsukuba pada tahun 2009 yang menjadikan Akademi Bahasa UTM sebagai tuan rumah kepada guru pelatih bahasa Jepun menjalani latihan amali.

Penyelaras Program Bahasa Jepun, M. Kumaraguru berkata, kerjasama dengan Universiti Tsukuba telah menarik minat Universiti Chou dan Universiti Bunkyo untuk menghantar tenaga pengajar dan pelajar mereka ke UTM.

Menurutnya, di samping mengajar bahasa dan budaya Jepun kepada penuntut di UTM, tenaga pengajar berkenaan turut berpeluang memperkenal bahasa dan budaya mereka kepada pelajar di sekolah terpilih di Johor Bahru.

“Akademi Bahasa menjalinkan kerjasama dengan Pusat Pendidikan Daerah (PPD) Johor Bahru bagi membolehkan tenaga pengajar dari Jepun mengajar bahasa dan kebudayaan mereka di dua sekolah rendah dan dua sekolah menengah terpilih.

“Dalam program yang terbaru, tiga tenaga pengajar dari Universiti Tsukuba dihantar ke UTM bagi melaksanakan program berkenaan yang berakhir baru-baru ini,” katanya.

Kumaraguru yang berkelulusan sarjana muda dalam bahasa dan kebudayaan Jepun serta Sarjana Perbandingan Linguistik dari Universiti Tsukuba diberi tanggungjawab untuk menyelaras program berkenaan.

Beliau berkata, pada bulan lalu seramai enam orang pelajar dan seorang pensyarah dari Universiti Bunkyo berada di UTM untuk menyertai program mengajar bahasa dan budaya Jepun.

“Selain mengajar bahasa dan budaya, mereka turut mengadakan lawatan ke beberapa tempat menarik untuk memberi peluang kepada pelajar UTM berinteraksi dengan tenaga pengajar bagi membantu perkembangan penguasaan bahasa Jepun, di samping memperkenal budaya masyarakat di Malaysia,” katanya.

Menurutnya, pelajar UTM yang mengikuti kelas berkenaan berpeluang mendapat pelbagai tawaran bekerja dengan syarikat gergasi Jepun dan mendalami pembelajaran bahasa berkenaan di Jepun.

Alumni Sekolah

019-333 4355

Pembaca dipelawa menghantar berita dan foto tentang aktiviti alumni sekolah ke ruangan Alumni Sekolah. Hantar melalui e-mel [email protected] atau alamatkan kepada: Ruangan Alumni Sekolah, Utusan Melayu (M) Berhad, No 44, Jalan Utusan, Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 
Kuala Lumpur.

http://www.tutor.com.my/alumnisekolah