Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Utem, Bakasa lahir generasi celik inovasi

KUALA LUMPUR 15 Feb. – Universiti Teknikal Malaysia (Utem) te­rus melangkah ke hadapan dalam menawarkan kepakaran bidang kejuruteraan menerusi program Centre of Innovation Tengku Ampuan Afzan (Cintaa) dengan kerjasama Badan Amal Kasih Sayang Malaysia (Bakasa).

Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Shahrin Sahib berkata, menerusi program itu, para pensyarah Utem dibantu mahasiswa akan berkongsi kepakaran kejurute­raan dengan penghuni Rumah Kanak-kanak Tengku Ampuan Afzan (Ruktaa) di Raub, Pahang yang dikelolakan oleh Bakasa.

“Kerjasama ini bukan sahaja mendedahkan bidang kejurute­raan tetapi juga mengaplikasikan modul sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) kepada penghuni rumah kebajikan tersebut.

“Kerjasama sebegini dilihat mampu mendorong kanak-kanak terutama yang masih belajar di sekolah rendah meminati bidang kejuruteraan seterusnya melahirkan generasi celik inovasi,” katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani memorandum persetujuan (MoA) antara Utem dan Bakasa bagi melaksanakan program berkenaan di sini, hari ini.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain