Dua program itu adalah Larian Amal Maulidur Rasul 2018 yang diadakan pada 24 November ini (Sabtu) bermula pukul 7.30 pagi di Masjid Al-Malik Khalid USM.

Program itu dianjurkan secara bersama oleh Ahli Jawatankuasa Induk Program Maulidur Rasul USM, Pusat Islam, USAINS dan Utara Runnaz.

Turut akan diadakan adalah program larian LED Run 2018 ACE pada 30 November ini (Jumaat) bermula pukul 8.30 malam hingga 11 malam bertempat di Kompleks Cahaya Siswa (KOMCA).

Program itu dianjurkan secara bersama Pusat Perhubungan Alumni, Kerjaya dan Kebolehpasaran Graduan.

USM dalam satu kenyataan di sini berkata, kedua-dua larian berjarak lima hingga tujuh kilometer itu menggunakan laluan dalam Kampus Induk USM yang merupakan laluan yang mempamerkan suasana kehijauan kampus.

“Larian ini turut bertujuan mempromosi #USMFIT yang merupakan satu agenda utama di USM dengan matlamat mewujudkan warga USM yang membudayakan gaya hidup sihat dengan aktiviti bersukan.

“Selain itu, larian ini bertujuan mengutip dana dan mengukuhkan ukhuwah peserta terlibat,” kata kenyataan itu di sini semalam.

Sehubungan itu, orang ramai berminat menyertainya boleh menghubungi talian 013-6282270, 013-7444214 dan 019-4091904 bagi program Larian Amal Maulidur Rasul 2018.

Untuk program larian LED Run pula, menghubungi 019-4400676, 017-4075715 atau 010-4528292.