Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

UPM bantu Kelantan
tanam ladang hutan

Simbolik penanaman pokok Paulownia oleh Tengku Adil Hazraq dan 5
Simbolik penanaman pokok Paulownia oleh Tengku Adil Hazraq dan disaksikan oleh Dr. Hng Paik San (kiri) dan Wong Chin Choong (kanan).

Institut Penyelidikan Perhutanan dan Produk Hutan (Introp), Universiti Putra Malaysia (UPM) menerajui penyelidikan dalam membantu Kelantan menanam 2,000 anak pokok spesies pokok hutan ‘Paulownia tomentosa’ untuk ladang hutan di Mering di sini baru-baru ini.

Penyelidikan dan penanaman tanaman pokok Paulownia yang merupakan pokok asli Asia itu dijalankan di kawasan seluas 200 hektar di hutan mukim Mering di Lojing, dalam daerah Gua Musang, Kelantan dengan bantuan Syarikat Pollywood Sdn. Bhd.

Penyelidikan penanaman pokok itu bertujuan untuk melihat kesesuaian Paulownia ditanam di negara ini berdasarkan kajian terhadap iklim dan kelembapan di kawasan monsun tropika sebelum ia boleh dikomersialkan.

Penyelidik daripada Introp UPM, Prof. Madya Dr. H’ng Paik San berkata, pokok Paulownia yang dikenali dengan nama Empress Cina, pokok Princess atau pokok Kiri itu terkenal kerana kadar pertumbuhan cepat, bunganya cantik berwarna lavender dan berbau harum, saiz daun besar seakan telinga gajah mempunyai nilai komoditi jualan kayu sangat tinggi.

“Pasaran eksport utamanya adalah negara China, Taiwan dan Jepun, digunakan untuk membuat perabot, kotak hadiah, mangkuk, mainan, terompah, kraf tangan dan alat muzik.

Selain itu, kayunya digunakan untuk produk tradisional seperti kayu gergaji, industri pembinaan, papan lapis dan venir.

“Pembangunan perladangan ini adalah dengan menggunakan benih genetik Paulownia yang tinggi kualiti melalui pemilihan variasi pokok dan tanaman untuk pertumbuhan yang cepat dan menghasilkan produktiviti yang lebih tinggi.

“Kaedah ini dapat mempertingkatkan ekonomi seperti penghasilan bahan penyelidikan yang bernilai tinggi, seperti enzim untuk perindustrian dan pertanian,” katanya.

Majlis pecah tanah projek di Lojing, Gua Musang itu dirasmikan oleh penaung projek, Tengku Adil Hazraq Tengku Abdul Halim dan turut disaksikan oleh Ketua Eksekutif Syarikat Pollywood Sdn. Bhd., Wong Chin Choong selain Paik San.

Paik San berkata, UPM dan Pollywood berhasrat menambah konservasi hutan di Lojing bagi menangani kesan pencemaran alam sekitar dan kekurangan hutan, pemencilan karbon hutan, pengeluaran biosumber secara mampan dan biodiversiti hutan.

“Penubuhan ladang hutan percubaan Paulownia adalah sebagai salah satu langkah bagi menangani kekurangan sumber kayu tradisional yang semakin meningkat,” katanya.

Menerusi memorandum persefahaman ini UPM dalam penyaringan dan mengenal pasti tanaman yang berpotensi untuk industri biokomposit dan mengkomersialkan tanaman baharu melalui pembangunan sistem perladangan mampan.

Kerjasama itu akan menumpukan penyelidikan terperinci produk hutan daripada pokok Paulownia, pertukaran penyelidik dan pelajar pasca siswazah, penempatan pelajar pra siswazah untuk latihan industri, pertukaran data penyelidikan dan penyelidikan bersama.

Pollywood merupakan syarikat tempatan yang menjalankan perniagaan berkaitan dengan pertanian,perhutanan dan produk hutan sementara Introp adalah institusi penyelidikan UPM yang berperanan mengembangkan penyelidikan perhutanan hutan tropika dan produk hutan di negara ini.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain