Kemenangan itu merupakan kali keempat yang dimenangi universiti tersebut.

Mengulas penganugerahan itu, Presiden Universiti Limkokwing, Tan Sri Prof. Emeritus Dr. Lim Kok Wing berkata, anugerah itu membuktikan kejayaan universiti dalam mencerminkan kredibiliti dan kecemerlangan pendidikan, sekali gus mendapat keyakinan dan kepercayaan daripada masyarakat seluruh dunia.

Menurutnya, kemenangan itu juga membuktikan Universiti Limkokwing mendapat sokongan daripada pelbagai pihak yang menyokong peranan dan usaha universiti dalam memperkasa bidang pendidikan tinggi swasta di Malaysia.

“Kejayaan kali keempat ini membuktikan kehebatan Universiti Limkokwing bahawa kaji selidik yang telah dijalankan meliputi seluruh pasaran utama di Asia.

“Selain itu, kami berharap kejayaan ini juga dijadikan sebagai rujukan kepada pelajar ketika membuat keputusan untuk melanjutkan pengajian tinggi di universiti swasta di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tambah Kok Wing, universiti amat berbangga atas pencapaian menjadi universiti pilihan 160 buah negara pelajar antarabangsa untuk mengikuti pengajian di peringkat jjazah sarjana muda dan ijazah sarjana.

“Menjadi tanggungjawab universiti untuk memastikan mereka memenuhi semua janji yang ditawarkan kepada orang ramai tentang kualiti pendidikan kami yang diiktiraf di seluruh dunia.

“Kami menyediakan kemudahan pembelajaran yang terbaik di 15 buah cawangan universiti di seluruh dunia. Kami juga memastikan kesetiaan kepada jenama universiti dan sejak empat tahun lalu, kami berjaya merangkul lebih daripada 600 anugerah termasuk Anugerah Kreativiti dari Amerika Syarikat.

“Sekiranya jenama universiti tidak jelas tidak mencapai piawaian yang ditetapkan, ia perlu dibaiki dan sekiranya perkhidmatan yang ditawarkan tidak konsisten, ia perlu diperbetul dengan segera dan kemenangan universiti merupakan bukti tentang fakta ini dan mengukuhkan lagi kedudukan kami dalam pasaran,” katanya.

Menurut Kok Wing lagi, ukuran sebenar sesuatu jenama ialah sejauh mana kemenangan itu dan memastikan kepercayaan pengguna mengikut peredaran masa.

“Jenama Universiti Limkokwing yang menang merupakan pilihan pertama pengguna yang membuktikan kepercayaan dan komitmen masing-masing bagi menjaga kualiti nilai inovasi, tanggungjawab sosial dan bagi memuaskan keperluan pengguna,” katanya.

Sementara itu, Universiti Limkokwing turut sekali lagi mengharumkan nama Malaysia pada peringkat antarabangsa apabila turut dinobatkan Anugerah Kepimpinan Transformasi Pendidikan dan berjaya memperoleh pengiktirafan akreditasi dari Accreditation Service for International College (ASIC) United Kingdom.

Majlis penyampaian Sijil Akreditasi ASIC tersebut telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif ASIC, Maurice Dimmock kepada Kok Wing di universiti itu, baru-baru ini.

Menurut Kok Wing, majlis itu amat bermakna bagi universiti sebagai sebuah institusi pengajian tinggi apabila mendapat pengiktirafan sebuah badan akreditasi bertaraf antarabangsa seperti ACIS.

“ASIC bertanggungjawab membuat penilaian terhadap sesebuah institusi pengajian tinggi terutama di luar negara.

“Badan ini bertanggungjawab memastikan universiti awam dan swasta memenuhi piawaian yang ditetapkan agar mutu dan kualiti pengajian adalah mengikuti standard antarabangsa,” katanya.

Tambah Kok Wing, beliau amat berbangga apabila universiti ini juga berjaya memperoleh pengiktirafan daripada ASIC dan terus melangkah ke hadapan bagi melakar kecemerlangan dalam industri pendidikan negara dan pada peringkat global.

“Pelbagai perancangan dan pelaksanaan strategik telah dirangka dan digubal dalam usaha menambah baik setiap aspek agar Universiti Limkokwing menjadi sebuah pusat kecemerlangan akademik yang terunggul di rantau ini,” katanya lagi.

Kejayaan memperoleh penganugerahan ASIC itu merupakan satu pengiktirafan dan perakuan antarabangsa terhadap kualiti pendidikan di Universiti Limkokwing yang membolehkan pelajar-pelajar luar negara di seluruh dunia melanjutkan pengajian di universiti ini.

Pengiktirafan sebagai universiti swasta berstatus ASIC juga memberi impak positif kepada program-program kendalian universiti, sekali gus menjadikan Universiti Limkokwing sebagai hab pendidikan terunggul yang berkualiti tinggi di rantau ini.