Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan negeri, Aminolhuda Hassan berkata, susulan itu pihaknya telah mengadakan perjumpaan dengan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik pada 24 Julai lalu.

“Kertas asas perancangan Universiti Johor telah pun dibentangkan kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor, Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Tinggi dan wakil menteri pada 6 Ogos lalu.

“Maklum balas positif diperoleh dan semua pihak sangat komited untuk membantu kerajaan negeri dalam merealisasikan Universiti Johor,” katanya dalam ucapan penggulungan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di sini hari ini.