Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Uniten perkenal OCMt

KUANTAN 14 Feb. – Universiti Tenaga Nasional (Uniten) kampus Sultan Haji Ahmad Shah Muadzam Shah, Rompin dekat sini memperkenalkan aplikasi One Card Mobile Attendance (OCMt) yang melibatkan penggunaan kad pengenalan diri penuntut dan telefon pintar.

Noor Awanis Muslim (tengah) bersama rakannya menyertai Pertandingan
Noor Awanis Muslim (tengah) bersama rakannya menyertai Pertandingan dan Ekspo Inovasi Perkomputeran Peringkat Antarabangsa (Ice-Cinno 2016) di Universiti Malaysia Pahang (UMP), Kuantan, baru-baru ini.

Pensyarah universiti itu, Noor Awanis Muslim berkata, OCMt bertujuan menukar penggunaan kad pengenalan diri universiti secara manual kepada automatik.

“Dengan adanya OCMt, aplikasi ini dapat memberi kemudahan kepada dua pihak iaitu penuntut dan pensyarah. Selain cepat dan mudah, OCMt juga boleh mengurangkan kadar kesalahan sekiranya dibuat secara manual.

“Melalui OCMt, hanya penuntut itu sendiri boleh merekodkan kehadiran mereka ke kuliah dan tidak seperti sebelum ini yang mana terdapat segelintir penuntut meminta rakan mereka berbuat demikian,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Noor Awanis berkata, pensyarah juga mendapat faedah daripada OCMt apabila mereka hanya perlu melakukan sekali sahaja rekod kehadiran penuntut.

Katanya, melalui OCMt juga, aplikasi itu membolehkan penuntut mematuhi masa yang ditetapkan untuk proses pengajaran dan pembelajaran.

“Ketepatan masa yang di­serapkan dalam proses awalan pembelajaran mungkin memberi impak yang tinggi pada masa hadapan,” katanya.

Selain itu, dia berkata, aplikasi dalam talian itu juga dapat mengurangkan penggunaan kertas sekali gus menyokong persekitaran hijau di universiti.

Berhubung pencapaian aplikasi itu, dia berkata, OCMt memenangi pingat gangsa Pertandingan Reka Cipta dan Inovasi Institusi Pengajian Tinggi Swasta 2016 (Perintis 2016) dan pingat perak Pertandingan dan Ekspo Inovasi Perkomputeran Peringkat Antarabangsa (Ice-Cinno 2016).

 

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain