Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Unitar wakili Malaysia

DR. MUHAMAD NAIM KAMARI (kanan) dan Mohamed Noor Rosli Baharom (dua dari kanan) beramah mesra dengan 5
DR. MUHAMAD NAIM KAMARI (kanan) dan Mohamed Noor Rosli Baharom (dua dari kanan) beramah mesra dengan penari-penari pada Majlis Meraikan Kumpulan Duta Budaya ke Festival Tarian Antarabangsa di Bandar Cheonan di Korea Selatan di kampus Unitar Kelana Jaya, Selangor baru-baru ini.

Kumpulan kesenian dan kebudayaan, Duta Budaya Unitar International University (Unitar) akan mewakili Malaysia ke Pertandingan Festival Tarian Antarabangsa di Cheonan, Korea Selatan pada 13 hingga 17 September ini.

Duta Budaya terpilih 
mewakili negara apabila persembahan seni tariannya dinobatkan menjadi juara keseluruhan Festival Warna Antarabangsa atau Fesco 2016 yang telah diadakan di Dewan Canselor Universiti Teknologi Petronas (UTP), baru-baru ini.

Fesco 2016 dianjurkan oleh Unit Kokurikulum Jabatan Perkhidmatan Sokongan Pelajar UTP dan Kumpulan Seni Persembahan UTP dengan kerjasama Petronas, Sekretariat Hal Ehwal Pelajar Institusi Pendidikan Tinggi Swasta dan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Persembahan tarian yang bertemakan 1Malaysia mengangkat keunikan dan kehalusan tarian Melayu Asli berjaya menewaskan lapan wakil universiti awam termasuk dua universiti luar negara.

Pada pertandingan itu, Duta Budaya turut berjaya merangkul Anugerah Persembahan Terbaik, Anugerah Kostum Terbaik dan Anugerah Koreografi Terbaik.

Timbalan Naib Canselor Unitar, Assoc. Prof. Dr. Muhamad Naim Kamari berkata, pihak universiti berharap Duta Budaya bakal mengharumkan nama negara pada persada antarabangsa.

“Mereka bukan sekadar mempamerkan keunikan seni tarian di negara ini tetapi turut membawa mandat besar mengharumkan nama negara.

“Saya bersyukur dan bangga dengan penyertaan dan pencapaian pelajar Unitar dan berharap mereka dapat membawa nama Unitar dan Malaysia dengan memenangi pingat dalam pertandingan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Meraikan Kumpulan Duta Budaya ke Festival Tarian Antarabangsa Cheonan di Korea Selatan di kampus Unitar baru-baru ini.

Yang turut hadir, Pengarah Persekutuan Festival Tarian Antarabangsa (Fidaf), Mohamed Noor Rosli Baharom.

Muhamad Naim berkata, pertandingan tarian yang dianjurkan setiap tahun itu bagi memilih dan mengiktiraf pelajar-pelajar mahir dalam bidang kesenian dari seluruh ASEAN yang mempunyai kemahiran seni tarian.

“Ia merupakan landasan kepada pelajar Malaysia untuk bertanding, mendapat pengiktirafan dan memperoleh peluang untuk menonjolkan seni dan bakat untuk bertanding pada peringkat ASEAN dan antarabangsa.

Katanya, pelbagai persiapan sudah dijalankan seperti latihan insentif tarian secara berskala.

“Di Korea Selatan, Duta Budaya akan menyertai lima kategori iaitu tarian kebangsaan, tarian jalanan, tarian solo dan berpasangan yang memberi peluang kepada pelajar antarabangsa menonjolkan bakat dalam bidang kesenian negara masing-masing,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pasukan Tarian Duta Budaya ,Ikmal Abd. Malik berkata, beliau tidak menyangka Duta Budaya menjadi juara dalam pertandingan Fesco 2016.

“Kami terpilih dan menjadi juara dan membanggakan nama Unitar.

“Semoga misi kami membawa seni dan budaya Malaysia di persada antarabangsa diiktiraf,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain