Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, langkah itu bertepatan de­ngan permintaan semasa pembaca atau pasaran terkini.

“Buku-buku tersebut ialah hasil penerbit Unimap sendiri. Melalui penerbitan e-buku ini, membolehkan judul yang pernah diterbitkan kini sudah boleh dibaca secara digital.

“Diharap usaha gigih mereka terlibat dapat diteladani dan te­rus menjadi rujukan terbaik buat seluruh warga kampus khasnya dan masyarakat secara amnya,” titah Tuanku Syed Faizuddin yang juga Canselor Unimap.

Baginda turut memuji penulis terlibat yang gigih menghasilkan idea sehingga menzahirkan warkah ilmu sambil memperkayakan khazanah Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra Unimap di Pauh Putra, Perlis.

Raja Muda Perlis merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertitah demikian selepas menyerahkan sumbangan RM1,000 daripada MAIPs kepada Pejabat Pentadbiran Agama Islam Kazakhstan bagi kawasan Almaty, di sini hari ini.

Keberangkatan baginda yang mengetuai delegasi Jelajah Ilmu Unimap itu disambut oleh Imam Besar Masjid Besar Almaty, Nurbek Aueskhanuly Yesmaganbet yang menerima sumbangan tersebut.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah, Unimap akan terus menerbitkan buku elektronik lebih berja­dual mulai Januari tahun depan, selari dengan matlamat kejayaan 2018 lebih gemilang berbanding tahun sebelumnya.

“Semoga Unimap menjadi pe­nggerak teknologi yang dapat men­zahirkan gaya hidup digital sebagai medium penyatuan dan perpaduan masyarakat,” titah baginda. – UTUSAN