Namun, setelah 15 tahun bertapak dalam bidang pendidikan, UniKL ingin meningkatkan lagi kedudukannya agar tidak hanya dikenali sebagai pusat pendidikan, latihan dan penyelidikan terulung di Malaysia, tetapi menjadi salah sebuah universiti terbaik di rantau Asia.

Bagi merealisasikan impian tersebut, UniKL mewujudkan pelan transformasi WE4ASIA UniKL yang berpe­ranan sebagai strategic tool untuk mengge­rakkan usaha memper­tingkatkan daya saing universiti dalam industri pendidikan terutamanya dari segi Pendidikan Tinggi Latihan dan Vokasional (HTVET) bagi membantu UniKL menjadi antara universiti terbaik di Asia.

Idea yang dicetuskan oleh Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif UniKL, Prof. Datuk Dr. Mazliham Mohd. Su’ud itu te­lahpun digerakkan pada 2015 dan dijadikan kayu pengukur untuk menilai sejauh mana penca­paian UniKL dalam segala segi termasuk akademik, pembangunan pelajar mahupun Alumni universiti tersebut.

Menurut Pengarah Peranca­ngan WE4ASIA/Korporat UniKL, Prof. Madya Dr. Cordelia Mason, setelah mencipta pelbagai kejayaan dalam tempoh 10 tahun pertama penubuhannya, kini tiba masanya untuk UniKL melangkah lebih ke hadapan dengan satu cita-cita yang lebih tinggi.

Beliau berkata, We4Asia UniKL diwujudkan untuk membantu memastikan UniKL berada di landasan yang tepat. Oleh itu, setiap pergerakan atau pencapai­an yang diraih UniKL akan dicatat melalui instrumen ini bagi menga­tur pe­rancangan untuk meningkatkan lagi tahap kecemerlangan universiti tersebut.

“UniKL mempunyai keistimewaan kerana telah mempunyai tapak yang kukuh dalam pelbagai bidang antaranya aviasi, automotif, perniagaan, perkapalan dan yang terkini adalah teknologi rel yang dibangunkan selaras de­ngan kemajuan industri rel di negara ini.

“Dengan keunikan itu, UniKL ingin mengembangkan lagi ke­dudukannya menjadi universiti an­tara yang terbaik di Asia. Lebih tepat lagi, menjadi sebuah universiti yang boleh dibanggakan oleh negara sebagai pemangkin teknologi yang mampu memberi kesan menyeluruh khususnya dari segi kebolehpasaran graduannya,” katanya.

Dr. Cordelia berkata, untuk membolehkan UniKL mencapai kedudukan terbaik itu adalah melalui HTVET dan tentunya ia tidak menjadi masalah kerana UniKL sememangnya telah mengamalkan sistem pembe­lajaran secara hands-on bagi melengkapkan graduan dengan kemahiran berfikir menerusi pe­ngalaman dan pengamatan.

Bertepatan dengan itu katanya, UniKL telah mengubah program pendidikan yang ditawarkan agar ia sentiasa relevan dengan industri. Malah, UniKL juga menawarkan pendidikan secara lebih seimbang apabila turut menerapkan nilai-nilai kete­rampilan diri dan gaya hidup yang tinggi supaya mereka menjadi graduan serba boleh dan insan yang sempurna.

Katanya, untuk memastikan strategi We4Asia UniKL mampu merealisasikan impian tersebut, UniKL menggariskan empat protokol di bawah We4Asia UniKL iaitu memperkasakan pengalaman universiti, memperoleh kecemerlangan akademik, mempertingkatkan kejayaan ke­hidupan graduan dan setelah ketiga-tiga protokol itu didukung oleh protokol keempat iaitu pewujudan kelestarian daya saing.

Jelasnya, melalui protokol tersebut, UniKL akan mengambil kira semua perkara bagi memastikan ia menjadi lebih cemerlang, efektif dan mempunyai lebih perancangan dalam memastikan peranan sebagai universiti pembangunan yang membantu sosio­ekonomi negara tercapai.

“Semua kampus di bawah UniKL akan mencatat penca­paian masing-masing dalam We4Asia UniKL ini, sama ada dari segi pene­rimaan anugerah, pengiktirafan, kecemerlangan aka­demik mahupun kejayaan yang dicipta oleh Alumni masing-masing,” jelasnya.

Katanya, UniKL juga melihat kekuatan universiti-universiti lain di dunia khusus­nya Asia yang kini telah bergerak maju seperti University of Tokyo, beberapa universiti di Singapura dan Korea yang boleh dijadikan panduan untuk membantu me­ningkatkan lagi keupayaan UniKL.

Pada masa ini, katanya, UniKL ber­ada dalam kelompok 350-400 universiti terbaik Asia iaitu dalam lingkungan 10 peratus universiti terbaik kese­luruhan di Asia.

“Jadi, melalui We4Asia UniKL, kami akan membuat perbandi­ngan dengan yang terbaik, dan mana-mana kelemahan mahupun kekurangan, universiti ini akan cuba memperbaikinya untuk membolehkan UniKL me­langkah ke hadapan dengan lebih peranca­ngan,” katanya.