Oleh itu, ramai pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengambil langkah memilih Program Asasi kerana ia dikatakan laluan mudah untuk mendapat tempat bagi menyambung pe­ngajian ke peringkat ijazah.

Pengarah Pusat Pengajian Persediaan UniKL, Muhammad Nad­zri Abdul Aziz berkata, Program Asasi bukan sahaja memberi jaminan bahawa pelajar akan dise­rapkan terus ke peringkat ijazah di universiti tersebut, tetapi yang lebih utama mereka telah mendapat pendedahan awal tentang bidang pengkhususan pengajian yang diminati.

Beliau berkata, Program Asasi sebenarnya adalah laluan tepat bagi pelajar yang ingin terus mengikuti program peringkat ijazah. Program Asasi UniKL mengambil masa selama setahun sahaja berbanding tiga tahun untuk program diploma.

“Di UniKL, kami menawarkan tiga Program Asasi iaitu Asasi Sains dan Teknologi, Asasi Perniagaan serta Asasi Sains yang masing-masing mempunyai ke­lebihan tersendiri.

“Antara kelebihannya adalah mereka boleh memilih mana-mana kursus atau jurusan yang terdapat di UniKL dan pihak kami akan memberi lebih keutamaan kepada pelajar-pelajar Program Asasi UniKL,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Muhammad Nadzri berkata, pa­ra pelajar bagaimanapun perlu memperoleh Nilai Purata Gred Kumulatif (CGPA) 2.5 ke atas untuk membolehkan mereka memilih mana-mana kursus yang terdapat di UniKL.

Setakat ini UniKL menawarkan lebih 130 program dr 12 kampusnya yang terdapat di seluruh Malaysia, katanya.

Semua program yang ditawarkan itu telah mendapat kelulusan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Bagaimanapun katanya, permohonan ke UniKL semakin bertambah kerana keunikan dan keistimewaan program-program yang ditawarkan di universiti itu yang sesetengah pengkhususannya tidak ditawarkan oleh mana-mana institusi di negara ini se­perti kursus kejuruteraaan aviasi dan marin.

Selain itu, katanya, UniKL juga diminati kerana mengamalkan sistem pembelajaran secara hands-on bagi melengkapkan graduan dengan kemahiran berfikir menerusi pengalaman dan pengamatan.

“Namun, mereka tidak perlu bimbang kerana kami memberi jaminan bahawa 100 peratus pelajar akan diserapkan ke UniKL sekiranya mereka memilih untuk memasuki universiti ini,” kata­nya.

Beliau berkata, untuk memudahkan pelajar, mereka akan diberikan senarai kursus yang terdapat di UniKL sebaik mendaftar kemasukan ke program asasi.

Jelasnya, para pelajar diboleh­kan membuat tiga pilihan kursus mengikut minat masing-masing. Ba­gaimanapun, sebelum itu pi­hak UniKL akan mengadakan beberapa program untuk memberi taklimat berkaitan program-program yang terdapat di UniKL.

Tambahnya, pelajar juga diberi peluang untuk bertemu de­ngan bekas-bekas pelajar Program Asa­si UniKL untuk mendapatkan le­bih pendedahan tentang kehidupan di kampus.

“Kami juga akan membuat lawatan ke kampus-kampus pilihan mereka bagi memastikan mereka membuat pilihan yang tepat.

“Setiap pelajar juga berpeluang untuk bertemu dengan kaunselor untuk mengetahui kecenderu­ngan mereka sebelum memilih kursus untuk menyambung pe­ngajian di peringkat ijazah,” katanya.

Tambah beliau, jika pelajar me­­milih untuk menyambung pe­ngajian di UniKL Malaysian Institute of Aviation Technology di Sepang (UniKL MIAT), mereka dikehendaki menghadiri temuduga terlebih dahulu.

Muhammad Nadzri berkata, permohonan ke program asasi masih dibuka kepada lepasan SPM bagi pengambilan Mei 2017 de­ngan yuran pengajian yang berpatutan.

Katanya, bagi pelajar yang bera­da di luar Lembah Klang, mereka boleh mendapatkan pakej menarik yang turut menyediakan kemudahan pengi­napan untuk pelajar.

Beliau berkata, untuk mengikuti Program Asasi UniKL, pelajar perlu memiliki enam kredit iaitu bagi mata pelajaran Bahasa Mela­yu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan dan dua kre­dit dalam mana-mana mata pe­lajaran Sains (Fizik dan Kimia) atau (Biologi dan Kimia).

Program Asasi Perniagaan dijalankan di bangunan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Kota Damansara, Se­langor manakala Program Asasi Sains dijalankan di Kulim dan Kuala Nerang, Kedah.

Bagi Program Asasi Sains Teknologi pula, ia diadakan di ketiga-tiga lokasi tersebut selain di UniKL Institute of Product Design and Manufacturing (UniKL IPROM) di Cheras.