Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Nor Aieni Mokhtar berkata, jalinan kerjasama strategik dalam tempoh lima tahun itu bakal melonjakkan lagi kualiti dan prestasi penyelidikan antara kedua-dua institusi di samping meningkatkan penjenamaan UMT.

“Selain sains kimia, alam sekitar dan oseanografi, kita juga akan memberi perhatian kepada kursus-kursus atas talian seperti latihan-latihan yang mampu memberi ruang perkongsian ilmu tanpa memerlukan belanja besar.

“Kerjasama ini juga sebagai medium perkongsian sumber-sumber penyelidikan yang boleh dijadikan rujukan serta memberi peluang bagi program pertukaran pelajar dan penyelidikan sekiranya perlu,” katanya ketika berucap dalam majlis itu di Bangunan Canselori, UMT di sini.

Terdahulu beliau menandatangani MoU itu manakala UEA diwakili Pro Naib Canselornya, Prof. Philip Gilmartin.

Yang hadir sama, Pengarah Pusat Asasi Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (STEM) UMT, Dr. Laili Che Rose.

UMT ketika ini menampung kira-kira 10,500 pelajar dengan kira-kira 86 peratus kakitangan akademiknya berkelulusan doktor falsafah. - UTUSAN ONLINE