Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

UMT lancar 2u2i Sarjana 
Muda Perakaunan

Idris Jusoh menandatangani plak pelancaran program 2u2i sambil
Idris Jusoh menandatangani plak pelancaran program 2u2i sambil diperhatikan oleh Nor Aieni Mokhtar (dua dari kanan) di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Kuala Terengganu, baru-baru ini.

KUALA TERENGGANU 21 Feb. - Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menjalin kerjasama dengan firma Salihin Chartered Accoun­tant bagi menggerakkan program 2u2i untuk pengajian Sarjana Muda Perakaunan (SMP) yang bakal memberi nilai tambah kepada para graduan berkenaan kelak.

Melalui hubungan itu, ‘Firma Pengajaran Perakaunan’ (TAF) yang pertama seumpamanya di dunia, ditubuhkan dengan lima kursus diperkenalkan untuk menyokong dan memperkukuhkan program 2u2i, yang melibatkan penempatan graduan di TAF seawal tahun dua sepanjang tempoh pengajian.

Program yang dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh baru-baru ini adalah selaras dengan motto Soaring Upwards yang diperkenalkan oleh kementerian itu.

Melalui program 2u2i, para pelajar akan belajar selama dua tahun di universiti dan dua tahun berikutnya di industri.

Menurut Idris, program ini bertujuan meningkatkan keupayaan pelajar dengan bekalan kemahiran berasaskan pengalaman kerja (Work Based Learning).

“Dalam masa yang sama, graduan mendapat pengalaman kerja sama ada dari luar kampus atau industri, mendedahkan mereka dengan amalan persekitaran kerja sebenar,” ujar beliau kepada pemberita selepas me­nyempurnakan perasmian.

Turut hadir, Naib Canselor UMT, Prof. Datuk Dr. Nor Aieni Mokhtar.

Dalam majlis itu juga, UMT mengesahkan kerjasama dengan Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) melalui Perjanjian Program Accelerate yang dimeterai.

Program ini akan menawarkan program ACCA Accelerate yang bakal menyediakan peluang kepada graduan dalam bidang profesional dan menyokong pembangunan kerjaya dalam bidang perakaunan, perniagaan dan kewangan.

Program ACCA Accelerate membolehkan graduan mengikuti ijazah SMP di UMT dan pada masa yang sama, menduduki peperiksaan ACCA bagi komponen peperiksaan.

Walaubagaimanapun, untuk mendapat kelayakan profesional ACCA sepenuhnya, pelajar wajib mengikuti dua lagi komponen iaitu pengalaman praktikal dan modul etika.

Bagi program SMP, ACCA telah memberi pengecualian sebanyak sembilan kursus daripada 14 kursus yang perlu diambil untuk peperiksaan ACCA.

Selepas lulus pengajian, gra­duan hanya perlu mengambil lima kursus ACCA dan mendapatkan pengalaman kerja selama tiga tahun serta lulus modul etika sebelum bergelar seorang akauntan profesional.

Melalui program ini, mereka bukan sahaja boleh menamatkan pengajian dengan memperoleh ijazah berkenaan tetapi juga mendapat kelulusan separa bagi sijil ACCA.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain