Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

UMP baik pulih rumah nelayan

PENGURUSAN tertinggi UMP bersama sukarelawan universiti itu dan
PENGURUSAN tertinggi UMP bersama sukarelawan universiti itu dan komuniti setempat yang menyertai Gotong-Royong Perdana @ Facelift DKuala di Kampung Kuala Pahang di Pekan, Pahang, baru-baru ini.

PEKAN 12 Sept. - Lebih 300 sukarelawan Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan komuniti setempat membaik pulih serta membersihkan rumah penduduk di sekitar Kampung Kuala Pahang dalam program Gotong-Royong Perdana @ Facelift D’Kuala di sini, baru-baru ini.

Naib Canselor UMP, Prof. Datuk Dr. Daing Nasir Ibrahim berkata, sebanyak 30 rumah di kampung itu dikenal pasti untuk melalui proses baik pulih, mengecat, membersih dan mengindahkan kawasan.

“UMP dengan kerjasama peng­hulu dan ketua kampung Kuala Pahang telah mengenal pasti rumah yang uzur serta membuat penilaian kos baik pulih yang diperlukan.

“Rumah-rumah ini terletak di laluan masuk utama ke Kompleks Medan Ikan Bakar yang berpotensi menjadi lokasi tumpuan pelancong,” katanya di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Peramu Jaya, Datuk Seri Sh. Moha­med Puzi Sh. Ali; Penghulu Mukim Kuala Pahang, Hassan Mohamed Sukor dan pengurusan tertinggi UMP.

Menurut Daing Nasir, Kompleks Medan Ikan Bakar yang terletak di bawah program Empower Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) setakat ini menempatkan 12 lot kedai termasuk empat unit kilang pemprosesan hasil laut dan empat restoran ikan bakar yang beroperasi setiap hari.

Kata beliau, projek pemba­ngunan Medan Ikan Bakar itu juga diselia pensyarah Fakulti Kejuruteraan Awam dan Sumber Alam UMP manakala pembangunan usahawan melibatkan Jabatan Sosioekonomi serta Projek Khas UMP Advanced.

“Inisiatif UMP ini juga bertujuan mengubah wajah dan identiti Kuala Pahang sebagai perkampungan nelayan sekali gus merapatkan hubungan de­ngan penduduk sekitar kampus universiti ini.

“Program ini juga dilaksanakan dengan bantuan daripada pelbagai agensi dan badan korporat yang diharap dapat membantu mengubah landskap sosial penduduk di kawasan ini,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain