Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

UMK, pemain industri tingkatkan kerjasama

Langkah mantapkan keusahawanan dalam kalangan pelajar

KOTA BHARU 16 Mei. - Universiti Malaysia Ke­lantan (UMK) berhasrat me­macu pembangunan ke­usahawanan yang lebih mantap dalam kalangan pelajarnya menerusi jalinan kerjasama dengan pelbagai pemain industri.

Hamad Kama Piah Che Othman
Hamad Kama Piah Che Othman

Pengerusi Lembaga Pengarah UMK, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, pengukuhan kerjasama seumpama itu membantu mengembangkan lagi budaya keusahawanan sedia ada di kampus universiti.

“UMK sudah 10 tahun ditubuhkan dan sudah pasti kita mahu pendekatan yang lebih baik sela­ras dengan perkembangan buda­ya baharu dalam perniagaan.

“Kita perlu memperkemaskan apa yang ada untuk menerapkan kepada pelajar supaya mereka lebih bersedia dengan cabaran untuk terus kekal dalam industri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepa­da pemberita selepas Majlis Anu­gerah Perkhidmatan Cemerlang UMK 2016 di Hotel Renaissance di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir, Naib Canselor UMK, Datuk Dr. Mortaza Mohamed.

Mengulas lanjut, Mortaza ber­kata, seramai 530 tenaga pengajar bertaraf ijazah doktor falsafah (PhD) akan membantu memantapkan lagi pembangunan UMK.

“Mereka telah kembali bertugas secara aktif selepas menamatkan pengajian masing-masing di peringkat PhD.

“Pengambilan kakitangan ser­ta tenaga pengajar UMK adalah mengikut piawaian nasional da­lam bidang yang memang ber­te­patan dengan pembangunan setempat,” katanya.

Dalam majlis tersebut seramai 101 kakitangan UMK menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.

Selain kategori tersebut, Anu­gerah Jasa Universiti, Anugerah Jasa Bakti, Anugerah Jasa Setia dan Anugerah Gemilang Universiti turut diberikan kepada kakitangan yang terpilih.

Sementara itu, Pejabat Pendaftar UMK berjaya memenangi Anugerah Kualiti Naib Canselor dan membawa pulang wang tunai RM10,000 serta sijil penghargaan.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain