Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

UMK bantu rapatkan jurang digital

IBRAHIM CHE OMAR (dua dari kiri) bersama pengurus dan penolong
IBRAHIM CHE OMAR (dua dari kiri) bersama pengurus dan penolong pengurus PI1M Kelantan dalam Majlis Graduasi Program Pembangunan Usahawan Berprestasi Tinggi PI1M negeri di Pasir Puteh, Kelantan, baru-baru ini.

PASIR PUTEH 5 Sept. – Universiti Malaysia Kelantan (UMK) turut membantu kerajaan merapatkan jurang digital terutama di kawasan luar bandar melalui program Pembangunan Usahawan Berprestasi Tinggi Pusat Internet 1Malaysia (PI1M).

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMK, Prof. Datuk Dr. Ibrahim Che Omar berkata, program tersebut merupakan jalinan kerjasama di antara Institut Perusahaan Kecil Sederhana (ISME) dengan kerjasama syarikat Nera Infocom (M) Sdn. Bhd.

Beliau berkata, usaha tersebut adalah salah satu strategi bagi melonjakkan kadar penembusan jalur lebar ke seluruh negara khususnya di kawasan pedalaman.

“Program latihan dengan kerjasama yang dijalankan oleh pihak ISME dan industri ini adalah bertujuan mengurangkan jurang digital dan membuka ruang yang lebih luas kepada masyarakat untuk sama-sama menikmati perkemba­ngan teknologi maklumat.

“Pelaksanaan program latihan ini antara sebahagian usaha yang mampu menyumbang kepada merapatkan jurang digital melalui perancangan program yang dibekalkan dan latihan dalam meningkatkan pengurusan teknologi digital kepada pe­ngurus dan penolong pengurus di 16 cawangan PI1M di negeri ini,” katanya selepas Majlis Graduasi Program Pembangunan Usahawan Berprestasi Tinggi PI1M ne­geri, di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir Ketua Projek PI1M negeri, Prof. Dr. Moha­med Dahlan Ibrahim; Pemangku Pengarah ISME, Prof. Madya Dr. Mohd. Nor Hakimin Yusoff dan Ketua Bahagian Pembangunan Modal, NERA Infocom (M) Sdn. Bhd., Cik Mardziyah Wahab.

Seramai 32 pengurus dan penolong pengurus PI1M telah berjaya menamatkan program latihan selama dua tahun bermula 1 Julai 2015.

Sementara itu, Mohamed Dah­lan berkata, Nera Infocom bersetuju melantik ISME sebagai perunding bagi program pembangunan usahawan berprestasi tinggi PI1M bagi negeri ini untuk tempoh dua tahun.

Menurutnya, ISME menyediakan latihan kepakaran menerusi empat siri latihan keusahawanan dan lestari.

“Objektif utama program latihan ini adalah sebahagian daripada hasrat kita untuk menjadikan pengurus dan penolong pengurus sebagai ejen perubahan kepada masyarakat di PI1M masing-masing,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain