Naib Canselornya, Tran Sri Dr. Noor Azlan Ghazali berkata, bilangan tersebut mewakili 10 peratus daripada jumlah keseluruhan permohonan yang diterima oleh UKM bagi mengikuti 73 program pengajian prasiswazah yang ditawarkan.

“Jumlah pengambilan pelajar untuk sesi pengajian 2018/2019 itu adalah daripada lebih 39,000 permohonan pelajar yang diterima UKM bagi ikuti pengajian peringkat sarjana muda di 13 fakulti.

“Pengambilan melibatkan pelajar dari seluruh negara termasuklah Sabah, Sarawak, Kelantan dan Terengganu, dan mereka bersama ahli keluarga diraikan pengurusan UKM sebagai penghargaan terhadap kesungguhan mereka untuk mengikuti pengajian di institusi ini, “katanya di dalam sidang akhbar Pendaftaran Pelajar Sesi 2018/2019 di Kampus Induk UKM, Bangi dekat sini, hari ini.

Untuk rekod, jelas Noor Azlan, UKM antara universiti awam paling banyak membuka pengambilan pelajar setiap tahun dan menjadi bukti komitmennya dalam memberi pendidikan berkualiti untuk rakyat. - UTUSAN ONLINE