Dalam program di Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT) di sini semalam, institusi itu yang diwakili Fathin Syukrina Mohd. Jufri, 20; Amelina Abdul Wahid, 20, dan Nurul Maisarah Khalid, 20, mengetengahkan produk mop penyerap minyak berasaskan bahan organik, NatKap - Biomat Oil Absorbent.

Kejayaan itu membolehkan pasukan berkenaan meraih pingat emas, dan membawa pulang piala pusingan, wang RM1,000 bersama sijil.

Hadiah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PSKT, Prof. Madya Dr. Wan Nor Liza Mahadi dalam majlis yang turut dihadiri Rektor UiTM Terengganu, Prof. Madya Dr. Abdol Samad Nawi.

Pasukan Sekolah Menengah Imtiaz Kuala Berang pula meraih Anugerah Khas menerusi produk inovasinya, Chicky Chips manakala Anugerah Poster Terbaik dimenangi oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Omar, Dungun.

Difahamkan terdapat kira-kira 200 produk inovasi dipamerkan dalam pertandingan selama sehari itu di samping 80 kertas kerja dibentangkan. - UTUSAN ONLINE