Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

UIM, MAIPs jalin kerjasama memartabat pengajian as-Sunnah

CYBERJAYA 12 April – Universiti Islam Malaysia (UIM) secara rasmi menjalinkan kerjasama dengan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dalam memartabatkan pengajian as-Sunnah di negara ini.

MOHD. YUSOF NOOR
MOHD. YUSOF NOOR

Presiden UIM, Tan Sri Prof. Dr. Mohd. Yusof Noor berkata, kerjasama itu dicapai melalui pemeteraian memorandum persefaham­an (MoU) bagi penubuhan Kursi Penyelidikan Jamalullail di UIM yang dibiayai MAIPs.

Beliau berkata, kerjasama itu juga merupakan susulan daripada titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail supaya Kursi Penyelidikan Jamalul­lail diwujudkan di UIM.

“Penubuhan kursi itu bagi menepati kluster penyelidik­an di universiti ini. Kami telah berbincang dengan kerajaan negeri Perlis dan bidang as-Sunnah dipilih kerana menjadi sandaran kedua umat Islam selepas al-Quran.

“MoU itu juga merekodkan persetujuan untuk bekerjasama dalam bidang penyelidikan dan aktiviti akademik bagi menyokong usaha ilmiah memartabatkan penga­jian as-Sunnah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menandatangani MoU itu di sini hari ini.

MoU tersebut ditandatangani Mohd. Yusof dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPS, Mohd. Nazim Mohd. Noor. sambil disaksikan Tengku Laksamana Perlis, Datuk Seri Syed Razlan Putra Jamalullail dan Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin.

Menurut Mohd. Yusof, UIM selepas ini juga tidak menolak kemungkinan untuk menjalinkan kerjasama dengan Maj­lis Agama Islam negeri lain dalam bidang-bidang tertentu yang dipersetujui secara bersama.

“UIM akan beri per­khidmatan yang maksimum kepada Majlis Agama Islam negeri bagi melaksana­kan perjanjian yang dime­terai bertepatan dengan latar belakang penubuhan universiti ini yang memperjuangkan Islam,” katanya.

Terdahulu, UIM turut menganjurkan Syarahan Dewan al-Amir Siri Ketiga bertajuk Jamalullail: Perlis Indera Kayangan yang disampaikan Tengku Laksamana Perlis.

Syarahan itu berkisar mengenai sejarah pembentukan Perlis dan asal usul Raja-raja Perlis yang bermula daripada Raja Perlis pertama iaitu Tuanku Raja Syed Hussain Jamalullail.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain