Keadaan itu dapat dilihat me­lalui perkembangan pesat di pelbagai sektor termasuk telekomunikasi, pendi­dikan, perniagaan dan pengurusan.

Dalam era globalisasi ini, pe­nanda aras kemajuan sesebuah negara turut dilihat menerusi pencapaian bidang IT dan Malaysia tidak terkecuali turut menitikberatkan bidang tersebut bagi memastikan tenaga mahir dan keupayaan yang dimiliki setan­ding dengan negara-negara maju.

Menyedari tentang potensi cerah dalam bidang itu, MSU College menerusi Sekolah Sains Maklumat dan Kejuruteraan (SISE) tidak ketinggalan menawarkan program Diploma Teknologi Maklumat bagi melahirkan gra­duan kompeten serta berkelayakan yang akan membantu menggerakkan industri tersebut.

Melalui program itu, pelajar akan didedahkan dengan pengetahuan asas terkini dan kemahiran berkaitan pengaturcaraan komputer; pembangunan perisian dan aplikasi; sistem dan perkakasan komputer; multimedia; teknologi internet dan rangkaian. Program tersebut juga merangkumi modul pem­belajaran sistem pengaturcaraan C++, Java dan ‘Visual Basic’.

Pelajar turut berpeluang mempelajari cara membaiki komputer daripada pelbagai aspek termasuk pemasangan, format dan se­tup devices. Pelajar juga berpeluang memba­ngunkan laman web, membina rangkaian LAN, WAN dan MAN.

Bagi yang berminat mengikuti program itu, syarat kemasukan yang ditetapkan adalah lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM/SPMV) dengan memperoleh tiga kepujian dalam mana-mana mata pelajaran atau memiliki sijil MSU College dalam bidang berkaitan atau sijil daripada politeknik, universiti awam atau swasta.

Selepas tamat pengajian, gra­duan MSU College berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah dengan membuat pindahan kredit di Management and Science University (MSU) melalui Fakulti Sains Maklumat dan Kejuruteraan (FISE).

Peluang kerjaya terbuka luas antaranya sebagai Pengaturcara Komputer, Pembangun Aplikasi, Pegawai Teknologi Maklumat, Juruteknik Komputer, Jurutera Komputer dan Pakar Rangkaian Komputer.